Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lapan rumah hangus di Putatan
Published on: Tuesday, December 23, 2025
Published on: Tue, Dec 23, 2025
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
Lapan rumah hangus di Putatan
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran itu.
PUTATAN: Lapan rumah musnah manakala sebuah lagi mengalami kerosakan ringan dalam satu kebakaran di Kampung Pasir Putih, di sini, petang Isnin.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.35 petang sebelum sepasukan anggota dari tiga balai bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

Advertisement
Seramai 38 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu terlibat dalam operasi itu, dengan sokongan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Daerah Putatan.

Anggota bomba menggunakan lima aliran hos, dengan sumber air diperoleh daripada jentera bomba, sebuah lori tangki air serta pili bomba berhampiran. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.33 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.51 petang selepas kawasan berkenaan disahkan selamat.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Komander Operasi, PKPgB Noor Sherriyana Bohari, berkata kebakaran melibatkan sembilan rumah atas air jenis sementara yang meliputi anggaran keluasan 20 x 60 meter.

“Lapan rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kecil.

Advertisement
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Pasukan kami bertindak pantas bagi mengawal kebakaran dan mengelakkan kerosakan lebih besar,” katanya sambil menambah pemeriksaan keselamatan dijalankan sebelum operasi ditamatkan.

Penduduk yang terjejas sedang dibantu, manakala pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian sama berulang di kawasan berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here