Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Ustaz serang 13 pelajar didenda RM18,200
Published on: Tuesday, December 23, 2025
Published on: Tue, Dec 23, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Ustaz serang 13 pelajar didenda RM18,200
TANGKAP layar rakaman CCTV yang memaparkan kejadian serangan tersebut.
Kota Kinabalu: Seorang guru sekolah agama swasta yang tular selepas tindakanya menyerang sekumpulan pelajar di luar sebuah kafe siber didenda keseluruhan RM18,200 oleh Mahkamah Majistret pada Isnin selepas mengaku bersalah atas 13 pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Tertuduh Saifur Rahman Mohd Ismail, 38, mengaku di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus telah menyerang 13 pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 20 tahun di hadapan premis Gaming Zone di Bandar Sierra antara jam 11.55 malam hingga 11.58 malam pada 14 Disember lalu.

Advertisement
Mahkamah menjatuhkan denda RM1,400 bagi setiap pertuduhan atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda menjadikan jumlah keseluruhan denda RM18,200.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir ketika membentangkan fakta kes memaklumkan mahkamah bahawa satu laporan polis dibuat pada jam 7.07 malam, 15 Disember susulan penularan sebuah video yang memaparkan Saifur yang juga seorang guru tahfiz di Al-Quran Darul Huffaz, Taman Putera Jaya, Telipok menyerang para pelajar berkenaan.

Hasil siasatan mendapati sehari sebelumnya pada 14 Disember, jam 11.44 malam tertuduh telah memukul 13 mangsa menggunakan topi keledar di luar kafe siber tersebut tanpa menyedari perbuatanya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Advertisement
Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak serta Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan tisu lembut.

Dalam rayuan mitigasi peguam bela Mohd Ari Nadrah Abdul Rahman berkata tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak bekerja sebagai ustaz serta merupakan pengasas dan pengendali sebuah madrasah tahfiz bukan berasaskan keuntungan di Bandar Sierra. 

Advertisement
Beliau juga merupakan pesalah pertama dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurutnya tertuduh bertindak demikian selepas berang apabila mendapati para pelajar keluar dari asrama pada lewat malam.

“Walaupun ia bukan alasan untuk mencederakan mereka faktor ini wajar dipertimbangkan sebagai mitigasi,” katanya sambil memohon hukuman ringan kerana mangsa hanya mengalami lebam dan kecederaan tisu lembut.

Beliau turut memaklumkan bahawa laporan polis dibuat oleh pihak polis sendiri dan bukanya oleh mangsa atau ibu bapa mereka.

Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon hukuman lebih berat dengan mengambil kira kepentingan awam, keseriusan dan kekerapan kesalahan, jumlah mangsa yang ramai, penggunaan kekerasan serta trauma dialami pelajar sambil menegaskan mahkamah perlu menghantar mesej tegas bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh diterima.

Saifur membayar denda tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here