Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Bazar Pelancongan Durian Sabah catat jualan lebih RM537,000
Published on: Monday, December 22, 2025
Published on: Mon, Dec 22, 2025
By: Lorena Binisol
Text Size:
Text:
Bazar Pelancongan Durian Sabah catat jualan lebih RM537,000
JOHNNY (tengah) bersama pengusaha gerai yang menjual durian premium sebamyak 1.7 tan dalam tiga hari.
Kota Kinabalu: Bazar Pelancongan Durian Sabah di Todak Waterfront Segama, di sini, mencatatkan jualan sebanyak RM537,050 daripada kira-kira 15,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran bermula 12 Disember lalu.

Pengerusi penganjur merangkap wakil Persatuan MasDa, Johnny Ting berkata jualan durian sahaja mencecah RM436,050 daripada 10.82 tan buah manakala gerai lain menyumbang RM101,000.

Advertisement
Sambutan luar biasa itu melepasi jangkaan, khususnya bagi lima gerai durian yang menarik kehadiran ramai pencinta durian untuk menikmati varieti premium seperti Musang King dan Blackthorn yang ditanam di Sabah.

Peniaga berharap DBKK akan terus membenarkan Todak Waterfront Segama menjadi lokasi untuk bazar akan datang memandangkan lokasinya yang strategik, pemandangan matahari terbenam yang indah, akses mudah serta berhampiran dengan tarikan lain.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Ramai berharap acara ini dijadikan acara tahunan pada musim durian dengan Kota Kinabalu dipromosikan sebagai “KK Bandaraya Durian, Pintu Gerbang Raja Buah di Sabah.”

“Kami tidak menyangka sambutan begitu besar dan jualan setinggi ini khususnya daripada lima gerai durian.

Advertisement
“Walaupun persiapan tidak sepenuhnya lengkap, kami tetap berjaya menguruskan keadaan dan berharap pengunjung berpuas hati dengan peluang menikmati varieti durian tulen dari Sabah. 

“Ramai yang datang menghargai kualiti tinggi durian premium yang ditanam dan dituai di Sabah seperti Musang King dan Blackthorn, yang ditawarkan pada harga berpatutan,” kata Ting.

Advertisement
Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan DBKK serta Fama atas bantuan dan kerjasama dalam membuat persiapan.

Ting menggambarkan Sabah sebagai permata tersembunyi dalam sektor eko-pelancongan, dikurniakan tanah subur, petani berdedikasi serta ladang yang indah untuk diketengahkan kepada pelancong antarabangsa dan domestik sambil memperkenalkan buah-buahan tempatan.

Beliau mengumpamakan pembukaan ladang kepada pelancong seperti membuka pintu rumah sendiri, membolehkan mereka merasai kehangatan, keramahan serta budaya petani tempatan.

Katanya, agro-pelancongan bukan sahaja menonjolkan warisan pertanian Sabah, tetapi turut memberi manfaat kepada komuniti sekeliling melalui pembangunan infrastruktur, pertukaran budaya dan peluang pekerjaan.

Menurut beliau, walaupun hampir 200 persatuan wujud, ramai petani berdepan cabaran dalam mengeksport hasil buah mereka. Namun, agro-pelancongan menyediakan ruang tempatan kepada petani untuk menjual hasil mereka secara langsung kepada pengunjung seterusnya mewujudkan peluang mampan dan memperkukuh ekonomi luar bandar.

MasDa berharap dapat terus bekerjasama dengan Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah, DBKK, Jabatan Pertanian Sabah serta persatuan buah durian lain untuk memperluaskan inisiatif agro-pelancongan dan memastikan pembangunan industri itu memberi manfaat kepada petani dan komuniti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here