Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Warisan kekal pilihan terbuka
Published on: Sunday, December 21, 2025
Published on: Sun, Dec 21, 2025
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Warisan kekal pilihan terbuka
“Warisan mahu mentadbir Sabah dengan kekuatan sendiri, namun di peringkat nasional, kami terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang selari dengan prinsip perjuangan kami,” kata Shafie.
Kota Kinabalu: Parti Warisan tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti nasional pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), namun Sabah perlu terlebih dahulu diperkukuh dari segi politik dan ekonomi, kata Presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-8 Warisan di Kolombong, Sabtu, Shafie berkata sebarang kerjasama di peringkat Persekutuan mesti berteraskan pembinaan negara dan tidak menjejaskan kepentingan Sabah.

Advertisement
Ahli Parlimen Semporna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang itu berkata Warisan kekal komited sebagai parti berpangkalan di Sabah dengan aspirasi mentadbir negeri itu menggunakan kekuatan sendiri.

“Warisan mahu mentadbir Sabah dengan kekuatan sendiri, namun di peringkat nasional, kami terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang selari dengan prinsip perjuangan kami,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata keputusan mengenai kerjasama politik tidak boleh dibuat terlalu awal memandangkan landskap politik sentiasa berubah, selain menegaskan fokus utama parti ketika ini adalah mengukuhkan kedudukan di Sabah.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamag, Shafie berkata Warisan belum memutuskan sama ada akan bertanding, menambah keputusan itu akan dibuat lebih hampir dengan tarikh pilihan raya berdasarkan strategi parti. Mengenai kemungkinan Warisan kembali bertanding di Semenanjung, beliau berkata tiada keputusan dibuat oleh majlis tertinggi parti walaupun terdapat permintaan daripada pelbagai pihak.

Advertisement
“Kita perlu belajar daripada pengalaman lalu dan mengelakkan bertanding terlalu banyak kerusi tanpa persiapan mencukupi,” katanya, merujuk prestasi parti pada pilihan raya Parlimen lalu yang menyaksikan Warisan tewas di semua kerusi ditandingi di Semenanjung.

Dalam pada itu, Shafie turut menyuarakan kebimbangan terhadap sistem percukaian sedia ada yang disifatkan tidak menggalakkan syarikat berkembang atau mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, sekali gus menyukarkan usaha membasmi kemiskinan.

Advertisement
Beliau berkata beban cukai yang tinggi, termasuk cukai peribadi dan dividen, menyebabkan ada syarikat di Sabah berpindah atau menghentikan operasi.

“Apabila syarikat tidak dapat berkembang, peluang pekerjaan akan hilang. Pekerjaan adalah kunci untuk mengangkat rakyat keluar daripada kemiskinan, sama ada di Sabah atau mana-mana dalam negara,” katanya.

Shafie turut menyifatkan proses pemfailan cukai dan dokumentasi sebagai terlalu rumit dan membebankan, mengatakan ia memakan masa serta sumber yang perniagaan sepatutnya manfaatkan untuk pelanggan, produk dan pasaran.

Beliau menyebut pengalaman anak perempuannya, bagaimana rumitnya keperluan pematuhan dan invois cukai  sehingga menjejaskan operasi perniagaan. Beliau tidak mengulas lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here