Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Keputusan GRS beri laluan kepada BN bukti kematangan politik
Published on: Sunday, December 21, 2025
Published on: Sun, Dec 21, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Keputusan GRS beri laluan kepada BN bukti kematangan politik
“Dengan memilih untuk menyokong BN, GRS memberi isyarat jelas bahawa kerjasama dan perpaduan lebih penting daripada bertanding setiap kerusi. Ia juga bermakna GRS mementingkan pengukuhan hubungan kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan,” tambah John.
Kota Kinabalu: Keputusan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, yang memberi bayangan bahawa GRS bersedia memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Lamag dan Kinabatangan, disifatkan sebagai langkah bijak serta mencerminkan kematangan politik, kata pemimpin kanan GRS, Datuk John Ambrose.

John berkata pendirian Ketua Menteri itu menunjukkan komitmen tinggi terhadap perpaduan dan kestabilan kerajaan negeri, selain menghormati keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan BN memenangi kedua-dua kerusi berkenaan.

Advertisement
“Ia memperlihatkan keutamaan kepada kesepakatan serta semangat setiakawan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Ahli Majlis Tertinggi GRS itu berkata kecenderungan GRS untuk tidak meletakkan calon di Lamag dan Kinabatangan membuktikan keikhlasan gabungan itu dalam memperkukuh kerjasama dengan BN demi kestabilan politik jangka panjang.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurut John, pendekatan kepimpinan Hajiji tidak didorong oleh kepentingan politik jangka pendek, sebaliknya mengambil kira kepentingan Sabah secara menyeluruh.

“Hajiji ialah pemimpin yang mampu melihat jauh ke hadapan, namun tetap berani membuat keputusan tepat pada masa kini. Beliau memahami bahawa kestabilan politik adalah asas kepada kemakmuran ekonomi dan keyakinan pelabur.

Advertisement
“Dengan memilih untuk menyokong BN, GRS memberi isyarat jelas bahawa kerjasama dan perpaduan lebih penting daripada bertanding setiap kerusi. Ia juga bermakna GRS mementingkan pengukuhan hubungan kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan,” tambahnya.

Selasa lalu, Hajiji yang juga Pengerusi GRS, berkata gabungan itu berkemungkinan tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dan Parlimen Kinabatangan sebagai menghormati BN yang memenangi kedua-dua kawasan tersebut pada pilihan raya lalu.

Advertisement
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat GRS, namun secara prinsip gabungan berkenaan bersedia memberi laluan dan membantu BN memastikan kemenangan di kedua-dua kerusi itu. Hajiji turut memaklumkan perbincangan akan diadakan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno, bagi memuktamadkan keputusan berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRK tersebut pada 24 Jan 2026, dengan hari penamaan calon pada 10 Jan dan pengundian awal pada 20 Jan, susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada 5 Dis 2025.

Mengulas Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan baru-baru ini, John berkata belanjawan itu mencerminkan pendekatan fiskal berteraskan rakyat dengan penekanan kepada kebajikan, daya tahan ekonomi dan pembangunan mampan.

Beliau menyifatkan peningkatan kuota Rumah Mesra SMJ kepada 50 unit bagi setiap kawasan, termasuk peruntukan khusus untuk golongan bawah 40 tahun dan pasangan muda, sebagai langkah tepat bagi menangani tekanan pemilikan rumah.

Selain itu, katanya, peruntukan RM15 juta bagi Program Bantuan SME-UP dan RM5 juta untuk Program Keusahawanan Negeri membuktikan peralihan dasar daripada bantuan jangka pendek kepada pemerkasaan rakyat, khususnya belia dan ibu tunggal.

“Ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi pelaburan untuk membina keupayaan berdikari dan meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Sabah,” katanya.

John menambah bahawa daripada semua ini, rakyat Sabah dapat melihat bagaimana Hajiji memahami sisi kemanusiaan sesuatu perkara.

“Ya, beliau seorang pemimpin Sabah. Tetapi beliau terlebih dahulu manusia, dan atas dasar itu, beliau mengambil berat terhadap setiap rakyat Sabah – semua harapan, aspirasi dan cabaran kita. Beliau tahu kita semua mahukan kehidupan yang lebih baik di tanah air tercinta. Namun, beliau juga sedar bahawa tanpa perpaduan dan kestabilan, tiada apa yang dapat berjalan dengan baik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here