Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Buaya 500kg ditangkap di Sandakan
Published on: Saturday, December 20, 2025
Published on: Sat, Dec 20, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Buaya 500kg ditangkap di Sandakan
BUAYA itu ditangkap penduduk di Pulau Lubukan.
SANDAKAN: Seekor buaya air masin seberat kira-kira 500 kilogram dan sepanjang 13 kaki ditangkap di kawasan pantai Pulau Lubukan, Jumaat, sekali gus meredakan kebimbangan penduduk setempat terhadap keselamatan mereka.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada orang awam pada jam 9 pagi berhubung penampakan seekor buaya di kawasan berkenaan yang berpotensi mengancam keselamatan penduduk kampung.

Advertisement
Menurut Kapten (PA) Sulaiman Salama, sebelum tindakan lanjut diambil, buaya air masin itu telah berjaya ditangkap terlebih dahulu oleh penduduk kampung. Haiwan itu kemudiannya dibawa ke darat menggunakan aset bot Pasukan Polis Marin (PPM) sebagai langkah keselamatan awal.

Susulan itu, APM Sandakan melaksanakan operasi susulan melalui kerjasama bersepadu bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) serta PPM, dan berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Buaya itu seterusnya diserahkan kepada JHL untuk tindakan dan pemantauan lanjut mengikut prosedur ditetapkan.

APM Sandakan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk kampung serta semua agensi terlibat atas keprihatinan dan kerjasama erat dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti di kawasan Pulau Lubukan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here