Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Piala Pekasa: Sipitang Warrior raih dua gelaran, empat anugerah
Published on: Friday, December 19, 2025
Published on: Fri, Dec 19, 2025
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Piala Pekasa: Sipitang Warrior raih dua gelaran, empat anugerah
PEGAWAI dan pemain pasukan dari Sipitang ceria selepas kejayaan di Karnival sukan SKPS Labuan.
LABUAN: Pasukan perempuan Sipitang Warrior muncul juara bola tampar  manakala pasukan lelaki mereka di tempat ketiga pada Karnival Sukan Piala Pekasa Terbuka Bawah 12 Tahun Labuan 2025 berlangsung di kompleks Belia dan Sukan Labuan baru-baru ini.

Bagaimanapun pasukan lelaki Sipitang Warrior bangkit meraih juara dalam acara bola baling manakala satu lagi pasukan dari Sipitang iaitu pasukan lelaki SKM Vipers mendapat tempat keempat acara bola tampar.

Advertisement
Empat pemain dari Sipitang menerima anugerah khas iaitu best setter dalam bola tampar perempuan, Prisscella Cynnthia Olluvia Robby, best spiker Lily Charolina Vyerrs Maksuel, pemain terbaik bola baling lelaki, Alexzender Pato Parisi dan Countiho De Sauza dianugerahkan penjaga gol terbaik bola baling lelaki.

Pasukan dari Sipitang diiringi empat guru pengiring yang diketuai oleh Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Sukan Bola Tampar Bawah 12 Tahun Daerah Sipitang Pauline Anthony Sigar.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Lapan pasukan perempuan dan sebelas pasukan lelaki menyertai acara tersebut   anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Satu Labuan dimana acara utama sepak takraw, bola baling dan bola tampar merupakan acara tahunan sekolah untuk mencungkil bakat dan mengeratkan silaturahim antara warga sekolah, termasuk ibu bapa.

“Kejayaan ini menepati perancangan, komitmen, latihan dan semangat juang pemain sehingga  tiupan wisel penamat,” Kata Pauline.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here