Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Bayi antara terselamat, pokok tumbang hempap rumah
Published on: Tuesday, December 16, 2025
Published on: Tue, Dec 16, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Bayi antara terselamat, pokok tumbang hempap rumah
KEADAAN rumah yang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Nanas, Jalan Karamunting.
SANDAKAN: Sebuah rumah di Kampung Nanas, Jalan Karamunting mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi pada Isnin. 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan mengesahkan menerima aduan berhubung kejadian tersebut sejurus insiden berlaku.

Advertisement
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan Kapten Sulaiman Salama berkata kejadian berlaku ketika semua penghuni berada di dalam rumah berkenaan.

“Seramai lima mangsa terlibat terdiri daripada dua orang dewasa, dua kanak-kanak berusia enam dan empat tahun serta seorang bayi yang baru berusia dua hari.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Bagaimanapun ketua keluarga sempat menyelamatkan bayi terbabit yang berada di dalam buaian sejurus sebelum pokok tumbang menghempap sebahagian rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat.

Advertisement
Dalam pada itu beliau berkata anggota bertugas yang dikerahkan ke lokasi kejadian kemudianya menjalankan siasatan awal, mengambil maklumat daripada mangsa serta melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang dengan kerjasama agensi penyelamat lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here