LABUAN: Perkhidmatan bot ekspres penumpang Labuan–Kota Kinabalu (KK) kini berdepan cabaran serius dan berisiko ditamatkan sekiranya isu tidak diselesaikan.
Pengendali bot, Wong Kiing Toh berkata, masalah utama berpunca daripada caj pendaratan penumpang dan penggunaan terminal Lembaga Pelabuhan Sabah (SPA).
“Caj-caj ini meningkatkan kos operasi dan menjadikan perkhidmatan ini tidak lagi berdaya maju dari segi ekonomi,” katanya dalam satu petisyen yang diserahkan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing semasa sesi dialog bersama pihak berkepentingan di Kota Kinabalu.
Sesi pertemuan itu dianjurkan oleh Ketua Kluster Pembangunan Pelancongan Bersama Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Labuan, Jerry Teo.
Advertisement





