Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pejalan kaki maut dirempuh
Published on: Sunday, December 14, 2025
Published on: Sun, Dec 14, 2025
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Pejalan kaki maut dirempuh
PEMANDU 4WD ini tidak nampak mangsa kerana keadaan jalan gelap.
PAPAR: Seorang lelaki berusia 56 tahun maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 18, Lebuhraya Pan Borneo, di sini, Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Papar, Supt Heryan Mohd Tahir berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 malam ketika kenderaan yang dipandu lelaki berusia 25 tahun sedang dalam perjalanan dari Papar menuju ke Kota Kinabalu.

Advertisement
Menurut beliau, keadaan jalan yang gelap dipercayai menyebabkan pemandu gagal menyedari kehadiran seorang lelaki yang dipercayai sedang melintas jalan, sehingga tidak sempat membrek sebelum merempuh mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dan terhempas ke atas jalan raya. Dia kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Papar,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Heryan berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Papar untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada, khususnya di kawasan yang kurang pencahayaan dan dikenal pasti sebagai lokasi kemalangan.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here