Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Bukti tuntutan Sulu tidak berasas: Ketua Menteri
Published on: Friday, December 12, 2025
Published on: Fri, Dec 12, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bukti tuntutan Sulu tidak berasas: Ketua Menteri
Hajiji mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya Award Akhir membabitkan pampasan bernilai USD14.9 bilion yang sebelum ini memihak kepada penuntut yang mengaku waris Kesultanan Sulu dan menyifatkan ia sebagai penghakiman muktamad dan kemenangan besar buat Malaysia.

Beliau mengulangi pendirian tegas Sabah dalam mempertahankan kedaulatan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia dan menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan melayan tuntutan sedemikian.

Advertisement
“Keputusan Mahkamah Rayuan Paris sekali lagi mengesahkan pendirian Sabah selama ini,” menurutnya dalam kenyataan, Khamis.

Hajiji mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Keputusan mahkamah itu, yang dikeluarkan pada Selasa lepas, memutuskan bahawa penimbang tara Gonzalo Stampa tidak mempunyai bidang kuasa selain ketiadaan perjanjian timbang tara sah yang mengikat Malaysia dengan prosiding tersebut.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah kekal komited sepenuhnya untuk meneruskan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bagi menolak sebarang tuntutan yang mungkin timbul pada masa akan datang.

Advertisement
“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas usaha gigih mereka dalam mempertahankan kedaulatan Sabah,” katanya sambil menambah usaha bersepada adalah perlu untuk menjaga keutuhan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here