Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Lelaki warga emas tidak akun salah lupus Tupperware curi
Published on: Thursday, December 11, 2025
Published on: Thu, Dec 11, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki warga emas tidak akun salah lupus Tupperware curi
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 60 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Rabu atas pertuduhan melupuskan barangan Tupperware yang didakwa diambil dari premis milik penyewanya.

Ong San Poh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan dengan sengaja membantu melupuskan barangan Tupperware yang dipercayai hasil curi milik seorang wanita bernama Nancy Dusip pada 29 Oktober lalu, jam 3.52 petang di Brilliant Hopes Enterprise, Alamesra Plaza berhampiran Lebuhraya Coastal.

Advertisement
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 5 Februari untuk pengurusan pra-perbicaraan dan membenarkan Ong diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kes berasingan seorang wanita berusia 28 tahun didenda RM1,600 atau penjara sebulan kerana memiliki peralatan perjudian haram.

Norlijah mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki peralatan pertaruhan Hwa Hui di hadapan Restoran Mohideen, Sinsuran 1 pada jam 3 petang, 2 Disember lalu.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Mahkamah dimaklumkan bahawa sepasukan polis yang menjalankan pemeriksaan berdasarkan maklumat awam mengesan seorang wanita berkelakuan mencurigakan di lokasi tersebut.

Advertisement
Polis memperkenalkan diri sebelum menahan wanita berkenaan yang kemudian dikenal pasti sebagai Norlijah selain merampas sebuah telefon bimbit Huawei, sebuah pencetak mudah alih, dua keping slip kecil bercetak serta wang tunai RM60.

Norlijah mengaku terbabit dalam aktiviti pertaruhan Hwa Hui dan didapati menyimpan rekod transaksi loteri tanpa lesen.

Sementara itu seorang lelaki berusia 36 tahun didenda RM100 atau penjara tiga hari kerana memiliki kabel elektrik yang dipercayai barang curi.

Arsibal mengaku bersalah di mahkamah yang sama atas pertuduhan memiliki segulung kabel elektrik aluminium di kuarters pekerja Bina PYK Sabah Sdn Bhd, Jalan Nountun, Inanam pada jam 12 tengah hari, 5 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 22A Ordinan Kesalahan Kecil (Sabah Cap 80) yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya.

Pendakwaan memaklumkan bahawa pihak syarikat menyedari kehilangan kira-kira 100 meter kabel elektrik dari stor simpanan pada pagi kejadian.

Pemeriksaan di kuarters pekerja menemui cebisan kabel yang telah dilucutkan. Bertindak atas maklumat polis menahan Arsibal dan merampas kabel tersebut selepas dia gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai pemilikan kabel berkenaan.

Dalam mahkamah yang sama seorang wanita berusia 31 tahun diperintahkan membayar denda RM100 atau penjara tiga hari kerana gagal memberi penjelasan munasabah mengenai kemasukan wang tunai ke dalam akaun banknya dua tahun lalu.

Noraini Abdullah mengaku memiliki RM10,000 dalam akaun Maybank miliknya yang gagal dijelaskan secara munasabah pada 31 Mac 2023, jam 10.41 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan Kecil (Sabah Cap 80).

Mahkamah dimaklumkan bahawa siasatan polis mendapati pengadu menemui satu iklan pelaburan mata wang kripto secara dalam talian oleh sebuah syarikat.

Ibu pengadu kemudian berhubung dengan seseorang yang menyamar sebagai ejen sebelum membuat pemindahan wang berjumlah RM44,558.88 ke enam akaun bank berbeza.

Bagaimanapun tiada pulangan diterima dan individu yang menyamar sebagai ejen itu kemudian tidak dapat dihubungi.

Laporan polis dibuat yang membawa kepada pengesanan salah satu akaun terbabit, iaitu milik Noraini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Yousof Tahir Mahmood dan Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here