Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Jabatan Air perhebat pemantauan paip di Telipok
Published on: Tuesday, December 09, 2025
Published on: Tue, Dec 09, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Jabatan Air perhebat pemantauan paip di Telipok
AIR didapati memancut keluar di tepi kawasan tanah tambakan dan rizab longkang bertentangan Metro Giling.
JABATAN Air akan meningkatkan usaha memeriksa keadaan saluran paip agihanya di sekitar Telipok bagi memastikan pengguna tidak terus terjejas akibat kejadian paip pecah.

Tindakan ini susulan maklum balas daripada seorang pemilik pangsapuri berhubung masalah ketiadaan bekalan air di Telipok Square. Pengguna berkenaan telah mengemukakan maklumat berkaitan perkara itu kepada Hotline sebelum ia disalurkan kepada jabatan berkenaan.

Advertisement
Jurucakap jabatan berkata kakitanganya telah pergi ke kawasan perumahan tersebut tidak lama sebelum pihak media menghubungi mereka.

“Mereka mendapati paip jenis mid-steel-cement-lined (MSCL) berhampiran sebuah pusat komersial di Jalan Tuaran–Kota Belud telah pecah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
PARIT yang digali bagi membolehkan paip MSCL yang bocor diakses telah ditimbus semula selepas kerja baik pulih disiapkan.“Kami mengesyaki pihak ketiga mungkin telah menggali kawasan tersebut secara tidak sengaja namun setakat ini pelakunya masih belum dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata bekalan air ke sebahagian kawasan Telipok terpaksa ditutup sementara sekitar jam 12.30 tengah hari bagi membolehkan kerja-kerja kecemasan membaiki paip yang rosak dijalankan.

Advertisement
“Satu notis telah disebarkan melalui media sosial setengah jam lebih awal sebagai amaran kepada pengguna terjejas tentang kemungkinan gangguan bekalan. 

“Mereka juga dinasihatkan supaya menggunakan simpanan air dalam tangki secara berjimat,” tambahnya.

Advertisement
Selain Telipok Square kawasan lain yang turut terjejas akibat kebocoran tersebut ialah Pusat Komersial Metro Giling, Kampung Giling Laut dan Kampung Giling Tengah.

TEKANAN bekalan air yang sampai ke meter pukal Telipok Square didapati berada pada tahap yang kuat.Beliau berkata juruteknik jabatan terpaksa bekerja hingga lewat malam bagi menyelesaikan kerja membaiki paip berdiameter kira-kira 300 milimeter itu.

Menurutnya kerja pembaikan menjadi rumit kerana paip agihan yang bocor itu tertanam pada kedalaman sekitar 10 hingga 11 meter di bawah kawasan rezab longkang serta tanah tambakan sekali gus memerlukan penggunaan jentera pengorek untuk membantu kerja-kerja baik pulih.

“Hampir enam jam diperlukan untuk menyiapkan kerja itu sebelum bekalan dapat dipulihkan semula,” katanya.

Bekalan air kepada pengguna terjejas dipulihkan secara berperingkat setelah tekanan dalam saluran paip kembali mencukupi.

Beliau berkata satu pemeriksaan turut dibuat di Telipok Square beberapa hari selepas jabatan menerima aduan pemilik pangsapuri berkenaan.

“Juruteknik kami menjalankan kerja-kerja ‘flushing’ bagi mengeluarkan udara yang terperangkap dalam saluran paip menuju ke bangunan tersebut.

“Mereka kemudianya mengesahkan bahawa air telah sampai ke meter pukal untuk pangsapuri itu. Tekanan bekalan pada ketika itu didapati adalah kuat,” ujarnya.

Selain masalah kebocoran paip MSCL beliau berkata pengguna di Telipok Square turut terjejas akibat pengurangan sementara pengeluaran air dari Loji Rawatan Air Telibong 1.

“Operasi loji tersebut terpaksa dihentikan secara berselang-seli selama empat hari disebabkan paras ammonia yang tinggi dalam air sungai,” katanya.

Kawasan lain di sekitar pekan yang turut terkesan akibat pengurangan itu termasuk Kampung Giling Tengah, Kampung Giling Laut, Metro Giling, Taman Telipok Ria, Taman Telipok Jaya serta kawasan di sepanjang Jalan Lama Telipok.

Di bawah keadaan biasa kira-kira 80 juta liter air dihasilkan setiap hari di Loji Telibong 1.

“Pengeluaran normal disambung semula pada hari kelima. Biasanya ia mengambil masa antara 48 hingga 72 jam untuk bekalan air paip kembali stabil dalam sesetengah kes.

“Pengguna yang tinggal dan bekerja lebih dekat dengan saluran paip mungkin tidak perlu menunggu terlalu lama namun mereka yang tinggal di kawasan lebih tinggi atau di hujung rangkaian bekalan mungkin hanya akan mendapat semula bekalan selepas hari ketiga,” jelasnya.

Berhubung Telipok Square jurucakap itu berkata pemilik-pemilik pangsapuri tidak sempat pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan sebelum kejadian paip pecah berlaku.

“Dua hari selepas pengeluaran air di Telibong 1 kembali normal kawasan ini pula terjejas akibat insiden paip agihan 300 milimeter yang pecah itu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here