Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lelaki didakwa miliki air dan serbuk ketum
Published on: Thursday, February 26, 2026
Published on: Thu, Feb 26, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa miliki air dan serbuk ketum
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 27 tahun didakwa memiliki 43,200 mililiter (ml) air ketum dan 12 kilogram (kg) serbuk ketum.

Mohd Nur Syahdhan Ramlee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan bagi menghadapi pertuduhan tersebut pada Rabu.

Advertisement
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Nur selepas pertuduhan dibacakan berikutan pihak pendakwaan memaklumkan bahawa laporan kimia berhubung bahan ketum itu masih belum diperolehi.

Mohd Nur didakwa memiliki 24 botol air ketum dan 12 bungkusan plastik lutsinar besar berisi serbuk ketum yang mengandungi Mitragynine iaitu bahan yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan Ketiga Akta Racun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3 petang, 22 Januari lalu di sebuah unit PPR Gayang Ria 1 di Tuaran.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes dan Mohd Nur dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan sementara menunggu pelupusan kes.

Tertuduh juga diperintahkan melapor diri di Balai Polis Tuaran pada hari pertama setiap bulan serta menyerahkan pasportnya jika ada kepada mahkamah.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis manakala Mohd Nur tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding berasingan di mahkamah sama seorang lelaki berusia 48 tahun yang didakwa merogol anak saudaranya akan dibicarakan pada 2 dan 3 September tahun ini.

Lelaki itu dituduh merogol mangsa berusia 13 tahun lima bulan di ruang tamu sebuah rumah di Tuaran pada November 2024.

Pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa lima saksi dijangka dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here