Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Laluan terus Shenzhen-Tawau kukuh hubungan dua wilayah
Published on: Tuesday, December 09, 2025
Published on: Tue, Dec 09, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Laluan terus Shenzhen-Tawau kukuh hubungan dua wilayah
ROMBONGAN CCCT diketuai William (ketujuh dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Dr Andi serta penganjur majlis sambutan ketibaan penerbangan sulung Shenzhen-Tawau itu.
TAWAU: Pembukaan penerbangan laluan terus Shenzhen–Tawau dilihat menjadi satu lagi tanda penting pengukuhan hubungan kerjasama antara kedua-dua wilayah, kata Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tawau (CCCT), Chia Seong Fatt.

“Laluan baharu ini bukan sahaja menyediakan akses lebih mudah antara Tawau dan pusat ekonomi utama di Selatan China, tetapi turut membuka lebih banyak potensi dalam hubungan perdagangan, pertukaran budaya dan kerjasama industri,” katanya.

Advertisement
Beliau menambah, pihaknya di CCCT akan terus memainkan peranan sebagai jambatan bagi menggalakkan kerjasama yang lebih rapat dan berwawasan antara Tawau dan Shenzhen.

“Kita juga akan berusaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama luar Tawau, menarik lebih banyak laluan udara antarabangsa dan seterusnya merancakkan pembangunan ekonomi tempatan. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kita turut mendoakan agar penerbangan sulung laluan terus Shenzhen-Tawau berlangsung dengan jayanya dan membuka lembaran baharu dalam hubungan antarabangsa bagi daerah ini,” katanya.

Penerbangan sewa khas ini, yang dianjurkan bersama oleh Shenzhen Kanghui Travel service dan Huan Ya Holidays, dijangka membawa lebih 1,300 pelancong ke Tawau dan Semporna sepanjang Disember ini, sekali gus memberi lonjakan signifikan kepada ekonomi pelancongan di rantau ini.

Advertisement
Chia menzahirkan penghargaan kepada wakil tujuh pertubuhan suku kaum utama di Tawau, Persatuan Peniaga-peniaga Makanan Dan Minuman Tawau, serta Persatuan Pemberita Tawau atas sokongan dan kehadiran mereka pada acara sambutan penerbangan sulung tersebut.

Penerbangan sulung terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an yang dikendalikan oleh Loong Air itu, tiba di Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lepas, disambut Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Dr Andi Md Shamsureezal Sainal Abidin dan rombongan CCCT, diketuai Timbalan Presiden, William Tan.

Advertisement
Majlis sambutan tersebut dianjurkan bersama oleh CCCT, pengurusan Lapangan Terbang Tawau dan beberapa persatuan tempatan yang menampilkan persembahan tarian singa oleh Persatuan Teo Chew Tawau, serta pengagihan cenderahati bertema tempatan kepada penumpang.

Chia berkata laluan udara antarabangsa baharu itu bukan sahaja memendekkan jarak perjalanan antara Tawau dan pusat ekonomi utama di Selatan China, malah turut mewujudkan peluang penting dalam pengembangan pasaran antarabangsa, pemerkasaan sektor pelancongan serta pengukuhan kerjasama serantau.

Sementara itu, William menyatakan bahawa kehadiran pelancong antarabangsa melalui penerbangan terus tersebut diyakini mampu  merancakkan sektor hotel, perkhidmatan pelancongan, resort pulau dan industri makanan dan minuman di seluruh Pantai Timur Sabah.

“Perkembangan baharu ini tentunya bakal mengukuhkan lagi daya tarikan Semporna sebagai destinasi pelancongan pulau bertaraf dunia,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here