Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Kerajaan baharu cermin komitmen kolektif
Published on: Thursday, December 04, 2025
Published on: Thu, Dec 04, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kerajaan baharu cermin komitmen kolektif
Armizan berkata walaupun tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, mandat rakyat yang keluar mengundi jelas menunjukkan keinginan mereka terhadap sebuah kerajaan yang mampu melaksanakan perubahan bermakna dan memberi nilai.
Kota Kinabalu: Pembentukan Kabinet Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus yang baharu mencerminkan komitmen kolektif parti-parti yang mengambil bahagian untuk membentangkan rangka kerja dan asas hala tuju pentadbiran negeri.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata keutamaan terhadap hak serta kepentingan Sabah — sebagaimana ditekankan dalam manifesto pilihan raya semua parti dan calon — akan kekal sebagai teras utama pentadbiran baharu.

Advertisement
“Kerajaan yang diterajui GRS Plus akan membentuk rangka dan hala tuju teras pentadbiran negeri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Armizan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, berkata walaupun tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, mandat rakyat yang keluar mengundi jelas menunjukkan keinginan mereka terhadap sebuah kerajaan yang mampu melaksanakan perubahan bermakna dan memberi nilai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun lima Adun Bebas sebelum ini merupakan sebahagian daripada kepimpinan GRS sebelum hari penamaan calon, suara mereka sekarang sebagai calon Bebas tetap penting dalam membentuk landskap politik negeri,” katanya.

Beliau menambah, barisan pembangkang turut memainkan peranan penting dalam menyediakan semak dan imbang bagi memastikan Kerajaan Negeri kekal relevan serta responsif.

Advertisement
Pada Isnin, seramai 10 Adun mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman, sebagai Menteri Kabinet dalam kerajaan baharu yang diterajui GRS.

Awal pagi Ahad, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17.

Advertisement
Kabinet 10 anggota itu merangkumi tujuh wakil GRS serta masing-masing seorang daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here