Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Apa yang mahu diselamatkan? – Ketua Menteri
Published on: Monday, November 24, 2025
Published on: Mon, Nov 24, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Apa yang mahu diselamatkan? – Ketua Menteri
Hajiji berkata ada parti yang menggunakan slogan ‘Selamatkan Sabah’, ‘Kasi Bagus Sabah’ dan ‘Bikin Balik Sabah’ tapi tidak tahu apa yang mahu diselamatkan dan apa yang mahu dibaiki atau dibuat semula. 
TAMPARULI: Pelbagai slogan yang dibawa parti lain untuk menarik sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 disifatkan sebagai tidak boleh pakai dan tidak menggambarkan realiti sebenar Sabah pada hari ini. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ada parti yang menggunakan slogan ‘Selamatkan Sabah’, ‘Kasi Bagus Sabah’ dan ‘Bikin Balik Sabah’ tapi tidak tahu apa yang mahu diselamatkan dan apa yang mahu dibaiki atau dibuat semula. 

Advertisement
Katanya, tawaran yang bermacam-macam dengan menggunakan pelbagai slogan itu bertentangan dengan pencapaian kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dilakar selama lima tahun lalu. 

“Pilihan raya ini amat penting sekali kerana undi kita akan menentukan kerajaan yang akan memerintah lima tahun lagi untuk Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Banyak parti lain yang menawarkan bermacam-macam, ada dulu sudah diberi kesempatan oleh rakyat untuk menjadi kerajaan dan sekarang sekali lagi bertanding dengan membawa slogan bermacam macam. 

“Ada yang datang dari seberang bawa slogan ‘Kasi Bagus Sabah’, Saya pun tidak tahu apa dia mahu kasi bagus Sabah. Ada parti lain pernah gagal dua tahun setengah (memerintah Sabah) dan slogan dia ‘Selamatkan Sabah’, apa yang mahu diselamatkan? 

Advertisement
“GRS telah membuktikan selama lima tahun pelbagai usaha dan kejayaan kita telah bawa kepada Sabah dan membela rakyat miskin di bawah yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. 

“Sekarang baru mereka buka mata mahu ‘Selamatkan Sabah dan ‘Kasi Bagus Sabah dan apa lagi, ‘Bikin Balik Sabah’. Slogan ini tidak boleh pakai di Sabah, Sabah mahu maju ke depan,” katanya berucap pada Program Jelajah Mega Tamparuli di tapak tamu Pekan Tamparuli, di sini, pada Ahad. 

Advertisement
Kempen itu turut dihadiri calon GRS bagi kerusi Tamparuli, Dr.Bonaventure Boniface dan calon GRS untuk Kiulu Datuk Joniston Bangkuai. 

Hajiji yang juga Pengerusi GRS, berkata jika mahu maju, rakyat negeri ini perlu memilih GRS, termasuk di kawasan Dun Tamparuli dan Kiulu. 

“Kita mahu bangunkan Sabah, kita mempunyai pelbagai inisiatif yang terbukti lima tahun ini kita dapat jayakan. Hanya yang buta mata atau sengaja tidak mahu tahu apa yang dilakukan GRS selama lima tahun lalu menafikan pencapaian GRS. 

“Di samping membangunkan ekonomi, kita juga tidak lupa rakyat di bawah, kita bela rakyat kita yang susah dan masih memerlukan bantuan kerajaan, banyak inisiatif yang kita bagi kepada mereka. 

“Salah satu program tahun ini yang dipanggil Syukur iaitu bantuan RM300 sebulan kepada rakyat miskin dalam senarai ekasih, kira-kira 100,000 orang dapat dan kita akan teruskan lagi kalau kita menjadi kerajaan semula. 

“Selain itu, kita akan bagi juga termasuk bantuan kepada mereka yang berumur lebih 60 tahun. Maknanya kita buat kerja, kita ada dana dan ada lagi satu saya cadangkan iaitu kita akan bantu rakyat yang membeli rumah pertama berharga bawah RM500,000,” katanya. 

Hajiji berkata, GRS sudah berjaya membawa Sabah ke landasan yang betul menerusi pelbagai  perancangan yang disusun sebelum ini bagi memastikan negeri ini terus maju dan membangun. 

Beliau meminta rakyat Sabah supaya tidak tersalah pilih pada hari mengundi nanti, sebaliknya hanya memilih calon GRS di semua kawasan di mana gabungan itu bertanding. 

Dalam ucapannya, Hajiji turut menyatakan kesediaan kerajaan untuk menimbang cadangan disuarakan Bonaventure mengenai usaha menaik taraf daerah kecil Tamparuli sebagai daerah penuh, setelah GRS diberi mandat dalam PRN 2025. 

Katanya, sebelum ini dua daerah kecil sudah dinaik taraf kepada daerah penuh iaitu Paitan dan Sook.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here