TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Tanjung Batu Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal menolak persepsi salah mengenai kedudukan beliau di jawatan tinggi sebagai penjawat awam sebelum ini.
Sebaliknya beliau berkata profesion sebagai doktor melatih beliau untuk tidak memilih bulu dan lebih bermasyarakat.
“Perkara ini bukanlah satu isu yang besar walaupun memang betul pangkat saya sudah tinggi, gaji saya memang sebenarnya lebih tinggi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
“Namun disebabkan minat (politik) saya bertanding sebagai calon,”katanya.






