Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Lelaki gagal tunjuk dokumen pengenalan diri didenda
Published on: Thursday, January 22, 2026
Published on: Thu, Jan 22, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki gagal tunjuk dokumen  pengenalan diri didenda
Kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 30 tahun, Ahmad Azwan didenda RM4,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret pada Rabu kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.

Ahmad mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan itu yang dilakukan pada 11 Januari tahun ini kira-kira jam 6 petang di tepi jalan Kampung Delima, Alamesra. Beliau gagal mengemukakan MyKad apabila diminta oleh seorang Koperal polis.

Advertisement
Kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000.

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pasukan rondaan polis menahan Ahmad dan meminta beliau menunjukkan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri tetapi gagal berbuat demikian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan mendapati Ahmad mempunyai sijil kelahiran tetapi tidak membawanya semasa kejadian.

Tanpa peguam Ahmad memohon hukuman ringan kerana beliau sudah berkahwin, mempunyai seorang anak dan bekerja sebagai pekerja kontrak.

Advertisement
Inspektor Yusdi Basri yang mendakwa memohon hukuman yang memberi pengajaran serta merujuk Ahmad kepada Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Mahkamah memerintahkan Ahmad dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.

Dalam kes berlainan dua lelaki didakwa atas dua pertuduhan menyimpan barang curi.

Advertisement
Pemandu lori Jumat Badru, 38, dan Marko Narsko mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Pertuduhan pertama mendakwa mereka memiliki drive shaft curi milik sebuah kedai kira-kira jam 7.45 malam pada 6 Januari di kawasan semak tepi jalan di penempatan Telipok.

Pertuduhan kedua mendakwa mereka menyimpan tiga botol pelincir kereta curi milik kedai yang sama di tempat dan masa yang sama. Kedua-dua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Prosedur Jenayah. 

Pegawai pendakwa Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah memohon pengurusan kes pra-perbicaraan dan mencadangkan ikat jamin RM4,000 bagi Jumat serta membantah ikat jamin bagi Marko kerana tiada dokumen pengenalan diri sah.

Peguam Lim Ming Zoong yang mewakili Jumat memohon jumlah ikat jamin lebih rendah kerana anak guamnya berkahwin, mempunyai lima anak dan bekerja sebagai pemandu lori.

Mahkamah menetapkan 12 Mac untuk pengurusan kes pra-perbicaraan bagi pertuduhan pertama dan 16 Mac bagi pertuduhan kedua. Jumat dilepaskan dengan ikat jamin RM1,700 dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan manakala Marko diperintahkan untuk terus direman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here