Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Calon Anak Negeri Paginatan gesa pengundi tolak rasuah
Published on: Sunday, November 23, 2025
Published on: Sun, Nov 23, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Calon Anak Negeri Paginatan gesa pengundi tolak rasuah
Rubica berkata pengundi Paginatan perlu memilih berdasarkan kepimpinan dan rekod perkhidmatan bukannya kemampuan calon membelanjakan wang.
PAGINATAN: Calon Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) bagi kerusi Paginatan Rubica Gabayoi menegaskan pendirian menolak rasuah seterusnya menggesa pengundi di seluruh negeri agar tidak tunduk kepada amalan politik wang.

Rubica mengecam keras dakwaan amalan politik wang oleh calon lain di kawasan pedalaman itu dengan memberi amaran agar pengundi tidak memilih calon yang didakwanya mengumpul kekayaan luar biasa ketika memegang jawatan.

Advertisement
“Jangan sokong calon yang melakukan rasuah,” katanya mempersoalkan bagaimana ada calon yang mempamerkan kekayaan dan kemewahan sebagai ‘simbol kemurahan hati’ untuk menakjubkan pengundi.

Beliau mendakwa terdapat calon menggunakan wang sendiri untuk membina jalan luar bandar, menaja acara besar dan “membeli” pemimpin tempatan untuk menyokong partinya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here