Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Guru asrama ketahui hanya satu kes buli
Published on: Tuesday, November 18, 2025
Published on: Tue, Nov 18, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru asrama ketahui hanya satu kes buli
Kota Kinabalu: Seorang guru asrama mendedahkan dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada Isnin bahawa terdapat satu kes buli di asrama Putera SMKA Tun Mustapha.

Addorie Francis, 25, berkata sepanjang beliau bertugas sebagai guru di sekolah tersebut itu sahaja kes buli yang beliau ketahui setakat ini.

Advertisement
Addorie yang merupakan saksi ke-45 dalam inkues bagi mencari punca kematian Zara memaklumkan kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa kes buli itu melibatkan seorang pelajar Putera.

Menjawab soalan daripada pasukan Pegawai Pengendali Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari mengenai bagaimana beliau mengetahui tentang kes buli di asrama Putera, Addorie berkata beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai kejadian tersebut.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Namun setakat yang beliau tahu pelajar terbabit telah digantung sekolah.

Addorie menjelaskan antara tugas guru asrama ialah memantau keadaan dorm, mengurus pelajar sakit serta memantau pelajar ketika mereka menjalani waktu prep di bangunan sekolah.

Advertisement
Menurut Addorie beliau tidak pernah menerima arahan untuk membuat rondaan malam di asrama sebelum waktu lampu dipadamkan.

Ketika ditanya oleh Koroner Amir mengenai tindakan terhadap warden yang gagal menjalankan tugas mengikut jadual Addorie berkata beliau tidak pasti.

Advertisement
Dalam pembacaan kenyataan saksinya Addorie berkata pada 15 Julai beliau telah membuat rondaan semasa prep malam.

“Pada tarikh tersebut saya turut ditugaskan mengiringi pelajar ke pertandingan Gami-code di Sekolah Menengah All Saints dari jam 6 pagi hingga 5 petang.

“Program tersebut berlangsung selama dua hari sehingga 16 Julai dan selepas waktu prep tamat saya pulang ke kuarters guru.

“Pada 16 Julai pada mulanya saya tidak tahu bahawa Zara telah jatuh dari bangunan asrama puteri. Saya hanya mengetahuinya apabila seorang warden menghubungi saya dan memaklumkan bahawa seorang pelajar telah jatuh pada pagi itu.

“Warden berkenaan meminta saya menjaga rakan sebilik Zara namun saya tidak dapat melaksanakannya kerana saya mempunyai tugas di luar sekolah dan guru asrama yang bertugas pada hari tersebut telah dihubungi untuk mengendalikan tugas itu,” katanya.

Addorie turut berkata bahawa beliau tidak pernah mendengar Zara mengadu tentang sebarang masalah peribadi atau konflik dengan sesiapa dan Zara tidak pernah mengadu kepadanya mengenai sebarang gangguan seperti buli, tekanan akademik atau keletihan.

Menjawab soalan peguam Shahlan Jufri mengenai sama ada pihak sekolah mengadakan mesyuarat atau siasatan selepas insiden Zara, Addorie berkata pentadbiran sekolah ada mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengetua untuk menjelaskan apa yang berlaku.

“Saya hadir dalam mesyuarat itu tetapi saya tidak ingat bila ia diadakan.

“Semasa mesyuarat pengetua ada memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut tetapi saya tidak ingat butirannya ataupun berapa lama mesyuarat berlangsung.

“Apa yang saya ingat ialah pengetua ada bercakap mengenai keadaan Zara di hospital,” kata Addorie yang masih mengajar di sekolah berkenaan.

Menurut Addorie yang mengajar subjek Matematik kepada Zara tidak ada penjelasan mengenai apa yang berlaku sebelum Zara ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama puteri sekolah.

Beliau turut memberi keterangan bahawa para guru terkejut selepas mengetahui tentang insiden itu.

Menjawab soalan lain daripada Shahlan, Addorie berkata beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada rakan sebilik Zara yang ditempatkan di bilik isolasi asrama dan beliau tidak pasti guru mana yang menjaga mereka.

Addorie turut mendedahkan bahawa selepas insiden Zara mereka menggunakan kaedah roll-call di mana guru bertugas yang meronda semasa prep perlu mengisi borang untuk merekodkan rondaan tersebut.

Menjawab soalan peguam Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip, Addorie berkata satu-satunya rakan sebilik Zara yang dikenalinya ialah pelajar A.

Beliau berkata pelajar A pernah mengadu kepadanya bahawa katilnya bergerak dan telah mengambil gambar katil tersebut.

Addorie turut berkata bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai kecurian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here