Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
DBKK pasang jeriji pada laluan pejalan kaki terdedah di Kampung Air
Published on: Tuesday, November 11, 2025
Published on: Tue, Nov 11, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK pasang jeriji pada laluan pejalan kaki terdedah di Kampung Air
BATU crusher run yang dituang ke dalam lubang di Lorong Gunung Ledang telah dipadatkan dan diratakan.
SELEPAS lebih setahun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akhirnya memasang jeriji gentian kaca berbingkai terbuka pada bahagian laluan pejalan kaki konkrit yang terdedah di Kampungg Air selain membaiki tepi jalan yang runtuh di Luyang.

Tindakan itu diambil susulan aduan daripada seorang peniaga di Kampung Air dan pemilik rumah di Taman Milek yang bimbang dengan keadaan berbahaya di kawasan masing-masing.

Advertisement
Peniaga berkenaan berkata dua lubang pada laluan kaki sepanjang 25 meter itu semakin membesar sejak mula muncul di kawasan lima kaki tersebut pertengahan tahun 2024.

Sementara itu pemilik rumah di Taman Milek pula melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan pejalan kaki dan kanak-kanak yang bermain di tepi jalan kerana berisiko terjatuh ke dalam lubang dalam di atas tanah kerajaan itu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
BATU crusher run yang dituang ke dalam lubang di Lorong Gunung Ledang telah dipadatkan dan diratakan.Kedua-dua pembayar cukai tersebut mengemukakan aduan mereka kepada Hotline yang kemudian disalurkan kepada DBKK.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan di Lorong Haji Yaakub, Kampung Air dan Lorong Gunung Ledang, Taman Milek sejurus selepas menerima aduan tersebut.

Advertisement
“Pemeriksaan mengesahkan kewujudan bahagian yang terdedah di kedua-dua lokasi.

“Sebatang paip plastik yang telah bengkok diletakan dalam salah satu lubang di laluan Kampung Air manakala sekeping papan reput digunakan untuk menutup satu lagi lubang,” katanya.

Advertisement
Di Luyang pula katanya sebatang dahan pokok ditemui mencucuk keluar dari lubang di tebing jalan.

KEPINGAN papan lapis di laluan kaki Lorong Haji Yaakub ditanggalkan bagi membolehkan kerja pemasangan jeriji baharu dilakukan.“Kami mengesyaki tanah di bawah tebing itu terhakis akibat kebocoran cecair daripada paip yang tertanam di bawah bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata tindakan awal diambil di lokasi bagi mengurangkan risiko bahaya di kawasan awam berkenaan.

“Lubang di rizab jalan dipagari dengan pita keselamatan buat sementara waktu. 

“Kami akan menimbus bahagian terdedah itu dengan tanah dalam masa terdekat demi keselamatan orang ramai di Taman Milek,” ujarnya.

Menurutnya lagi kepingan papan lapis diletakan menutup lubang di laluan kaki Kampung Air pada September lalu dan ditanda dengan pita keselamatan berbentuk ‘X’ sebagai amaran kepada pejalan kaki.

“Jeriji gentian kaca berbingkai terbuka telah dipasang di kawasan terdedah itu minggu lalu,” katanya.

Apabila ditanya mengenai kelewatan lebih setahun dalam menangani masalah tersebut jurucakap itu menjelaskan bahawa kekangan bajet menyebabkan pembaikan tidak dapat dilakukan serta-merta.

JERIJI gentian kaca berbingkai terbuka telah dipasang sepanjang laluan pejalan kaki 25 meter ituBeliau menambah kerja penyelenggaraan laluan kaki, jeriji logam dan papak konkrit di sekitar bandar dilakukan secara ad hoc bergantung pada tahap keperluan.

“Kakitangan kami turut diarahkan melakukan pemeriksaan berkala di kawasan rumah kedai sekitar Kampung Air bagi memastikan laluan pejalan kaki sentiasa dalam keadaan baik,” ujarnya.

Menurutnya pemeriksaan serupa juga akan dijalankan di bahu jalan sekitar Taman Milek.

Sementara itu salah seorang kontraktor DBKK menangani lubang di tebing Lorong Gunung Ledang pada Sabtu lalu.

“Batu crusher run dibawa ke lokasi menggunakan lori terbuka sebelum dituang ke bahagian terdedah itu.

“Pekerja kontraktor kemudian meratakan dan memadatkan bahan tersebut menggunakan penyodok,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here