Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
‘Keputusan Jamawi, Hiew hak demokratik mereka’
Published on: Tuesday, November 11, 2025
Published on: Tue, Nov 11, 2025
By: Larry Ralon, Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
‘Keputusan Jamawi, Hiew hak demokratik mereka’
Hajiji berkata keputusan dua bekas pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), yang kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan hak demokratik yang harus dihormati.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata keputusan dua bekas pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), yang kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan hak demokratik yang harus dihormati.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, setiap individu dalam sistem politik bebas membuat pilihan terhadap parti yang ingin diwakili dan perkara itu mencerminkan amalan demokrasi yang sihat di Sabah.

Advertisement
“Sudah tentu itu hak demokrasi mereka untuk memilih parti yang ingin diwakili. Mereka memilih untuk bertanding atas tiket PKR. Secara kebetulan, PKR juga merupakan rakan gabungan dalam kerajaan,” katanya.

Beliau mengulas tindakan Datuk Jamawi Jaafar dan Datuk George Hiew, yang sebelum ini merupakan pemimpin Gagasan Rakyat tetapi kini dinamakan sebagai calon PKR.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat menegaskan, perkara itu tidak menimbulkan sebarang masalah kepada GRS mahupun Gagasan Rakyat, kerana ia mencerminkan keunikan dan dinamika politik negeri Sabah.

“Bagi saya, tiada masalah — inilah dinamika politik di Sabah. Kedua-dua individu

Advertisement
berkenaan kini secara rasmi adalah calon PKR dan bukan lagi mewakili Gagasan Rakyat.

“Kami sudah pun melepaskan mereka. Apa lagi yang boleh dilakukan? Itu hak mereka dan kita menghormatinya. Kita tidak boleh menghalang — itu sebahagian daripada demokrasi,” katanya.

Advertisement
Hajiji turut menegaskan bahawa Gagasan Rakyat akan tetap menyokong mereka sebagai calon daripada komponen Kerajaan Perpaduan.

“Jadi, biarlah begitu. Kita tetap akan memberikan sokongan kerana mereka adalah calon Pakatan Harapan,” katanya.

Sementara itu, mengenai tindakan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick, yang melepaskan jawatan dalam Kabinet Persekutuan dan didakwa tidak sependapat dengan pendirian Kerajaan Pusat, Hajiji enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh memberi komen lanjut. Kami sudah pun mengeluarkan kenyataan. Jika boleh, kami berharap Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan. Namun, jika mereka ingin membuat rayuan, itu adalah keputusan mereka,” katanya ringkas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here