Kota Kinabalu: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin menggesa belia serta usahawan di Sabah agar memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi memacu inovasi, kelestarian dan daya saing dalam pelbagai industri.
“Potensi AI amat luas kerana ia bukan sekadar satu trend teknologi tetapi satu gerakan yang mengubah landskap industri, memperkasa usahawan serta mempersiapkan Malaysia menghadapi ekonomi digital masa depan.
“Saya berharap untuk melihat lebih ramai belia dan usahawan Sabah terlibat secara aktif dalam bidang yang menarik ini,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak AI pertama di Sabah.
Chan berkata sidang kemuncak yang diadakan bersempena Ekspo PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) itu bertujuan menghubungkan para inovator, penggubal dasar dan PKS selain meletakan Sabah sebagai hab baharu bagi inovasi dan pertumbuhan mampan berasaskan AI.
Advertisement





