Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Anggota tentera hisap vape dalam pesawat didenda
Published on: Friday, November 07, 2025
Published on: Fri, Nov 07, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Anggota tentera hisap vape dalam pesawat didenda
Aliy didakwa mengikut Peraturan 100(1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 206(2)(a) peraturan sama yang memperuntukan denda sehingga RM25,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang anggota tentera berusia 25 tahun didenda RM5,500 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis kerana menghisap rokok elektronik (vape) dalam pesawat AirAsia.

Muhd Aliy Joni mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan itu yang dilakukan pada jam 9.05 pagi, 21 Ogos tahun ini ketika berada dalam penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Advertisement
Aliy didakwa mengikut Peraturan 100(1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 206(2)(a) peraturan sama yang memperuntukan denda sehingga RM25,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Yousof Tahir Mahmood memaklumkan mahkamah bahawa pegawai keselamatan pembantu syarikat penerbangan itu telah membuat laporan polis pada jam 10.48 pagi hari sama selepas seorang penumpang lelaki didapati menghisap vape dalam pesawat.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Siasatan mendapati lelaki itu yang kemudian dikenal pasti sebagai Aliy dan duduk di tempat duduk 3A dilihat secara terbuka menggunakan vape dan telah ditegur oleh kru kabin kanan.

Namun dia mengabaikan teguran tersebut dan terus menghisap vape.

Advertisement
Setibanya pesawat di KKIA pada jam 9.25 pagi Aliy diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan mendapati Aliy ialah anggota tentera yang bertugas di Kem 15 RAMD, Senawang, Negeri Sembilan dan ketika itu dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung halamannya di Kampung Rugading, Tuaran sehingga 2 September 2025.

Advertisement
Polis merampas vape jenama Quik dan pas masuk penerbangan milik Aliy semasa tangkapan.

Aliy membayar denda tersebut.

Dalam kes berasingan dua wanita masing-masing didenda RM1,500 atau penjara sebulan kerana memiliki peralatan perjudian.

Nurfatihah Subana, 24, dan Krisya Markus, 26, masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Nurfatihah didapati memiliki enam tiket loteri haram pada 23 Oktober tahun ini kira-kira jam 3.15 petang di pekan Donggongon manakala Krisya pula didapati memiliki dua tiket loteri tanpa lesen pada hari sama jam 4.14 petang juga di pekan Donggongon.

Inspektor Yusdi Basri yang mengendalikan pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua tertuduh ditahan dalam operasi Ops Dadu selepas didapati terlibat dalam aktiviti perjudian.

Sementara itu seorang lelaki berusia 31 tahun didenda RM100 atau penjara tiga hari kerana gagal menjelaskan mengenai wang tunai berjumlah RM3,630 dalam akaun banknya dua tahun lalu.

Sebastian Lee mengaku bersalah kerana gagal memberikan penjelasan munasabah tentang bagaimana dia memperoleh wang milik seorang wanita bernama Fatima Shafina yang dimasukan ke dalam akaunya pada 18 Oktober 2023, jam 3.02 petang di CIMB Bank, Api-Api Centre.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukan denda RM100 atau penjara hingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menyatakan bahawa pada tarikh berkenaan pengadu menerima panggilan telefon daripada sindiket penipuan yang menyamar sebagai kakitangan syarikat kurier dan pegawai polis mendakwa pengadu terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram.

Sindiket itu kemudian memperdaya pengadu untuk memindahkan RM3,300 ke akaun CIMB bagi tujuan “siasatan dalaman” kononnya untuk membersihkan nama pengadu.

Selepas menyedari dirinya ditipu pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here