Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Tawau dilanda tiga bencana alam dalam tempoh 17 jam
Published on: Friday, November 07, 2025
Published on: Fri, Nov 07, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Tawau dilanda tiga bencana alam dalam tempoh 17 jam
Pasukan bomba dari BBP Tawau dan anggota APM Tawau membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir di Kampung Sungai Gading ke tempat yang lebih selamat.
TAWAU: Daerah ini dilanda tiga bencana alam dalam tempoh kurang 17 jam - gempa bumi bermagnitud 4.8 skala Richter pada jam 6.37 petang, disusuli ribut petir dengan angin kencang pada tengah malam sehingga subuh, sebelum banjir pada pagi Khamis, akibat fenomena Monsun Timur Laut (MTL).

Daily Express yang menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dimaklumkan tidak ada panggilan kecemasan direkodkan susulan gempa bumi itu, yang berlaku di laut, 24km di tenggara Tarakan, Kalimantan Utara.

Advertisement
Bagaimanapun, terdapat empat kes dilaporkan berkaitan MTL.

Angin ribut menyebabkan sebuah rumah roboh di Jambatan Cempaka, Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas dan pokok tumbang di sekitar pusat bandar.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sementara itu, operasi menyelamat mangsa banjir dijalankan di Kampung Blok 31 Batu 17 Jalan Apas dan Kampung Sungai Gading Batu 15 Jalan Apas.  

Ketua BBP Tawau Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin berkata, seorang lelaki mengalami patah kaki dalam kes rumah roboh itu dan dihantar ke hospital selepas menerima rawatan awal di lokasi kejadian oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Advertisement
Jemishin berkata operasi terbabit diketuai oleh Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Sulaiman Md Salleh dengan kekuatan enam anggota dan turut dibantu oleh anggota APM.

“Kita juga menasihatkan penghuni rumah berhampiran rumah roboh itu supaya mengosongkan kediaman mereka buat sementara waktu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Advertisement
Di Kampung Blok 31 dan Kampung Sungai Gading, Jemishin berkata pihaknya turut membantu mengagihkan bekalan makanan kepada mangsa terlibat selain menjalankan operasi pemindahan. Sebuah keluarga lapan orang di Kampung Sungai Gading dipindahkan ke tempat lebih selamat.

“Operasi ini disertai seramai tujuh anggota dan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafidz Musa, yang turut bekerjasama dengan tujuh anggota polis dan tiga anggota APM. Operasi ditamatkan pada jam 11.20 pagi,” tambahnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin mengesahkan tidak ada panggilan kecemasan atau aduan awam diterima oleh Bilik Gerakan IPD Tawau sama ada berkaitan gempa bumi atau angin ribut akibat fenomena MTL.

Jasmin menasihatkan warga Tawau sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah perlu, terutamanya segera meminta pertolongan daripada pihak berkaitan jika perlu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here