Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Sabah catat sifar isi rumah miskin tegar hingga Oktober
Published on: Friday, November 07, 2025
Published on: Fri, Nov 07, 2025
Text Size:
Text:
Sabah catat sifar isi rumah miskin tegar hingga Oktober
SAMSUL (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Musa.
Kota Kinabalu: Sehingga Oktober ini, Sabah mencatat angka sifar bagi isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin tegar dalam sistem eKasih.

Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah Samsul Dollah berkata angka yang direkod sejak 26 Ogos lalu itu bagaimanapun bersifat dinamik, dengan paras

Advertisement
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi 2022 bagi miskin tegar ditetapkan pada RM1,218.

“Buat masa ini, tidak ada keluarga miskin tegar di Sabah. Kategori ini merujuk kepada isi rumah dengan pendapatan di bawah RM1,218 sebulan, seperti yang digariskan dalam PGK Miskin Tegar 2022. Namun, angka yang dilaporkan sejak 26 Ogos lalu adalah bersifat dinamik.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Tambahan lagi, pendapatan ini pula hanya digunakan untuk menampung keperluan makanan seharian mereka sahaja,” jelasnya semasa kunjungan hormat terhadap

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, yang bertujuan untuk menerangkan mengenai fungsi dan tugas-tugas Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, pada Khamis.

Advertisement
Samsul memaklumkan ketika ini terdapat 55,782 keluarga miskin melibatkan 225,227 ahli isi rumah (IR) di Sabah, menjadikan negeri ini tersenarai dalam kedudukan tiga negeri paling tinggi kemiskinan di Malaysia.

“Buat masa ini, terdapat 55,782 KIR di Sabah yang dikategorikan sebagai miskin iaitu yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,742. Angka ini juga adalah dinamik dan boleh berubah mengikut pendaftaran semasa,” ujar beliau.

Advertisement
Bagi memastikan tiada kes yang tercicir, Samsul memaklumkan pihaknya akan memberi penekanan kepada anggotanya supaya sentiasa berhubung dengan Pejabat

Daerah atau pihak pemimpin masyarakat setempat bagi melakukan pengesahan dan kemaskini maklumat setiap isi rumah yang terlibat di kawasan masing-masing.

“Dari segi aktiviti pengumpulan maklumat, pejabat ini akan turun ke lapangan setiap hari, termasuk Sabtu dan Ahad, untuk menemui KIR berdaftar secara bersemuka, termasuk permohonan pendaftaran baharu.

“Bagaimanapun, masih terdapat KIR yang tidak dapat dijumpai, mungkin disebabkan waktu bekerja. Jadi, sekiranya ada KIR tidak dijumpai, pihak kami akan memohon bantuan daripada Pejabat Daerah atau Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) untuk menjejaki KIR tersebut,” tambahnya.

Tambah Samsul, melalui komitmen berterusan pegawai di lapangan, sistem eKasih dapat diperkukuh sebagai pangkalan data sosial yang tepat, menyeluruh dan berpaksikan keadilan agar tiada keluarga memerlukan yang tercicir daripada menerima bantuan.

“Tugas utama pegawai kita di lapangan adalah untuk tetap turun ke lapangan bagi aktiviti pengumpulan maklumat. Mereka akan bertemu secara bersemuka dengan keluarga yang sudah berdaftar untuk mendapatkan sebarang perubahan maklumat berkaitan sekiranya ada dan juga membanci mana-mana keluarga yang baru mendaftar dalam sistem eKasih.

“Perkara ini akan berlangsung sepanjang tahun untuk memastikan mana-mana keluarga yang betul-betul memerlukan tidak tercicir daripada menerima bantuan.

“Lawatan verifikasi akan dilaksanakan bagi setiap permohonan baharu yang kita terima daripada Pejabat Daerah, selepas selesai Mesyuarat Focus Group peringkat daerah masing-masing. 

“Ini bermakna, hanya KIR yang layak sahaja akan disahkan mesyuarat tersebut sebelum dihantar kepada pihak kami untuk lawatan verifikasi. Kemudiannya barulah semua data tersebut akan dikunci masuk ke dalam sistem eKasih,” dedah beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here