Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Syor Kad Penduduk Daerah bagi warga tulen Sabah
Published on: Wednesday, October 29, 2025
Published on: Wed, Oct 29, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Syor Kad Penduduk Daerah bagi warga tulen Sabah
Menurut Henrynus, parti itu juga akan memohon kelulusan pindaan terhadap Ordinan Kerajaan Tempatan bagi membolehkan pelaksanaan sistem Kad Penduduk Daerah secara sah.
Kota Kinabalu: Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) mencadangkan semua penduduk tulen Sabah di peringkat daerah diberikan Kad Penduduk Daerah bagi melindungi kepentingan ekonomi dan keselamatan mereka.

Presiden Anak Negeri, Datuk Henrynus Amin berkata, inisiatif berani itu dirangka untuk mempertahankan hak dan kepentingan warganegara Sabah yang tulen daripada ancaman serta penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Advertisement
“Hari ini Anak Negeri mahu mengumumkan satu cadangan yang kami anggap kritikal. Kami syorkan agar semua warganegara Sabah di peringkat daerah segera mendaftar bagi mendapatkan Kad Penduduk Daerah masing-masing.

“Inisiatif ini bertujuan melindungi kepentingan ekonomi dan keselamatan rakyat Sabah yang tulen daripada anasir tidak diingini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurut Henrynus, parti itu juga akan memohon kelulusan pindaan terhadap Ordinan Kerajaan Tempatan bagi membolehkan pelaksanaan sistem Kad Penduduk Daerah secara sah.

“Langkah ini penting untuk memastikan faedah negeri dan peluang ekonomi dikhaskan kepada mereka yang benar-benar warganegara Sabah serta penduduk tulen di daerah masing-masing,” katanya.

Advertisement
Menurut Henrynus, cadangan tersebut juga akan memperketatkan proses pemantauan dan pemberian lesen perniagaan kepada pemohon.

“Motivasi utama memperkenalkan Kad Penduduk Daerah ialah untuk mengukuhkan dan memperhalus proses saringan pemohon lesen perniagaan,” katanya.

Advertisement
Henrynus mendakwa sistem sedia ada telah disalahgunakan secara meluas, menyebabkan ramai warga asing mendapat lesen perniagaan melalui proksi tempatan.

“Cadangan ini juga bertujuan melindungi perniagaan tempatan. Kami percaya sejumlah besar lesen telah dikeluarkan kepada warga asing yang menggunakan proksi tempatan.

“Ini menyebabkan peningkatan membimbangkan kedai runcit dan perniagaan dikendalikan warga asing berkembang pesat di kampung-kampung dan bersaing dengan perniagaan tempatan,” katanya.

Henrynus berkata, pelaksanaan kad itu turut membantu membanteras kegiatan haram seperti ceti haram serta eksploitasi terhadap penduduk luar bandar yang kurang pengetahuan mengenai urusan sedemikian.

Beliau turut mendakwa terdapat perniagaan berstatus ‘muka depan’ yang dikendalikan warga asing, sambil mengkritik kelemahan pengawasan pejabat daerah yang didakwa membiarkan warga asing beroperasi tanpa tindakan tegas.

“Penyalahgunaan ini mesti dihentikan. Kita tidak boleh membiarkan ekonomi tempatan dilemahkan dan rakyat menjadi mangsa kepada kegiatan pemangsa,” tegasnya.

Anak Negeri, katanya, turut berjanji akan menstruktur semula semua majlis daerah bagi memastikan pentadbiran yang bersih, berintegriti dan berkesan.

“Antara langkah perlu diambil ialah menyingkirkan pegawai tidak berwibawa atau terlibat dalam rasuah dalam agensi pihak berkuasa tempatan,” katanya sambil menegaskan komitmen parti untuk memastikan pegawai kerajaan bekerja secara aktif memelihara integriti dan kemakmuran bandar serta pekan di Sabah.

Henrynus menambah, Kad Penduduk Daerah bukan sahaja berperanan mengesahkan status kediaman tulen, malah membantu mengenal pasti daerah asal seseorang penduduk.

“Langkah ini akan memastikan pentadbiran perkhidmatan negeri dan pengagihan peluang ekonomi dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab demi manfaat warganegara Sabah yang tulen,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here