Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Syurga Dalam Botol kutip lebih RM400,000 dua hari tayangan
Published on: Monday, October 13, 2025
Published on: Mon, Oct 13, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Syurga Dalam Botol kutip lebih RM400,000 dua hari tayangan
FILEM Syurga Dalam Botol mengutip lebih RM400,000 selepas hanya dua hari tayangan di pawagam.
PENGARAH, pelakon dan penyanyi Ebi Kornelis bersyukur apabila filem sulung arahannya Syurga Dalam Botol mengutip lebih RM400,000 selepas hanya dua hari tayangan di pawagam.

Ebi atau nama sebenarnya Ebi Kornelis Firdaus Yaimal menyifatkan kutipan itu sebagai di luar jangka dan satu sejarah bagi industri perfileman Sabah.

Advertisement
Alhamdulillah, syukur. Selepas hanya dua hari, filem ini sudah mengutip lebih RM400,000.

“Saya anggap ini rezeki saya kerana selama ini filem Sabah sangat sukar untuk melepasi kutipan RM200,000.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Saya harap lebih ramai orang Sabah akan keluar menonton Syurga Dalam Botol agar filem ini dapat terus kekal ditayangkan di pawagam,” katanya kepada Hiburan Ekspres pada Ahad.

Sebelum ini, filem berbahasa Dusun Sinakagon memegang rekod sebagai filem Sabah dengan jumlah kutipan tertinggi iaitu RM225,859.20.

Advertisement
Syurga Dalam Botol, yang menampilkan lakonan hebat Ebi Kornelis, Dg. Hasnah, Kenneth Torrecampo Oliver dan Sakinah, mengangkat nasib pelarian perang Filipina yang mencari perlindungan di Sabah pada era 1970an dari kaca mata seorang wartawan.

Filem yang menelan kos RM1.4 juta itu turut menerima RM500,000 daripada dana First Time Amateur Filmmaker (FAME) menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) di bawah Kementerian Komunikasi.

Advertisement
Filem berdurasi satu jam 55 minit itu ketika ini rancak ditayangkan di 45 pawagam seluruh negara di bawah Skim Wajib Tayang bermula Khamis lalu (9 Okt).

Di bawah Skim Wajib Tayang, setiap filem yang diluluskan mesti ditayangkan selama 14 hari berturut-turut di pawagam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here