Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Pekerja binaan bebas tuduhan edar syabu
Published on: Friday, August 01, 2025
Published on: Fri, Aug 01, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pekerja binaan bebas tuduhan edar syabu
PAULOS (kanan) mengucapkan terima kasih kepada peguam belanya selepas prosiding.
Kota Kinabalu: Seorang pekerja binaan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan mengedar 54.24 gram syabu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol pada Khamis melepaskan dan membebaskan Paulos Yohanes daripada pertuduhan itu tanpa perlu membela diri.

Advertisement
Duncan memutuskan bahawa mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Paulos atas pertuduhan yang dihadapinya.

Paulos, 34, dituduh mengedar 54.24 gram syabu pada 7 Ogos 2023, jam 3.30 petang, di tepi jalan di hadapan sebuah kilang di Jalan Tuaran – Kota Belud, di Tuaran.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 15 kali jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil lima saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu. 

Advertisement
Paulos, yang direman sejak ditangkap, mengucapkan terima kasih kepada peguam belanya selepas prosiding.

Dia diwakili oleh peguam Edward Paul.

Advertisement
Sementara itu, seorang lelaki berumur 38 tahun dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri.

Azizul Maslin, yang tidak bekerja, mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas kesalahan mencuri 24 tin Guinness Stout 500ml bernilai RM357.60 dari kedai 7-Eleven di Jalan Gaya, pada 5 Februari tahun ini, jam 5.15 pagi.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan bahawa kejadian berlaku pada jam 5.15 pagi, 5 Februari, apabila pengadu menyedari sekotak minuman beralkohol hilang dari ruang pameran bertentangan kaunter juruwang.

Pengadu mengesyaki seorang lelaki, yang kemudian dikenal pasti sebagai Azizul, yang sempat berbual dengannya sebelum meninggalkan premis tanpa membuat sebarang pembelian.

Rakaman CCTV kemudiannya mengesahkan bahawa Azizul mengambil kotak terbabit dan beredar tanpa membayar.

Satu laporan polis dibuat dan pada 7 Februari, jam 9.30 malam, polis menahan Azizul di Kg Air.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here