Mon, 13 Apr 2026
Headlines:
Bantuan RM2.4j untuk mangsa kebakaran Kg Landung Ayang
Published on: Sunday, February 27, 2022
Published on: Sun, Feb 27, 2022
Text Size:
Text:
Bantuan RM2.4j untuk mangsa kebakaran Kg Landung Ayang
HAJIJI menyerahkan BWI kepada ketua isi rumah mangsa kebakaran.
KUDAT: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyalurkan peruntukan khas berjumlah RM2.4 juta kepada semua pemilik 120 buah rumah yang telah musnah akibat bencana kebakaran di Kampung Landung Ayang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pemilik setiap rumah yang musnah akan menerima RM20,000 dalam bentuk bahan binaan untuk membina semula rumah mereka.
Advertisement
“Saya berharap agar bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh semua mangsa kebakaran.
“Bantuan yang disalurkan ini menunjukkan rasa prihatin dan kebersamaan Kerajaan Negeri dengan rakyat yang ditimpa musibah atau kesusahan,” katanya selepas menyantuni mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang, di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata, mangsa kebakaran dibenarkan membina semula rumah mereka di tapak sedia ada dengan dikawal selia oleh Lembaga Bandaran Kudat, agar ianya teratur dan berjarak. Mewakili Kerajaan Negeri, beliau merakamkan rasa simpati kepada semua mangsa bencana kebakaran dan berharap agar semua mangsa yang terlibat terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.
Advertisement
Katanya, Kerajaan Negeri juga akan turut membantu rakyat yang ditimpa musibah atau kesusahan di semua kawasan di negeri ini, tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik. Terdahulu, Hajiji menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM500 kepada seramai 176 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran kampung tersebut yang ditempatkan di Dewan Tun Mustapha.
Advertisement
Mangsa kebakaran juga menerima set dapur gas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mengiringi Hajiji ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dato’ Sri Dr Ruddy Awah, Adun Kawang, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, Adun Pintasan Fairuz Renddan dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Haji Awang Shahminan Datuk Sahari. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here