Kota Kinabalu: Sabah POIC Sdn Bhd mengulangi komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus bebas rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan pada Jumaat.
Pengerusinya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata ikrar tersebut bukan sekadar simbolik sebaliknya merupakan satu deklarasi bahawa rasuah tidak mempunyai tempat dalam organisasi itu.
“Rasuah berkembang apabila wujud peluang, tekanan peribadi meningkat dan individu cuba menghalalkan perbuatan yang salah.
“Ikrar ini juga bertujuan menangani faktor-faktor berkenaan dengan meningkatkan kesedaran serta akauntabiliti dalam kalangan kakitangan,” katanya.
Advertisement





