Tue, 23 Jun 2026
Headlines:
Perlu tingkatkan hubungan penerbangan Sabah dan India
Published on: Sunday, June 21, 2026
Published on: Sun, Jun 21, 2026
Text Size:
Text:
Perlu tingkatkan hubungan penerbangan Sabah dan India
JONISTON (kanan) bertukar pandangan dengan Rajpal (tengah).
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap usaha mempercepatkan rundingan bagi mewujudkan penerbangan terus antara India dan Sabah yang disifatkan mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan serta kerjasama ekonomi.

Perkara itu dibincangkan ketika kunjungan hormat Pemangku Pesuruhjaya Tinggi India Hitesh Rajpal kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai pada Khamis.

Advertisement
Hitesh berkata India melihat Sabah mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan, perdagangan dan teknologi yang terus menjadi keutamaan kerajaan India dalam strategi penglibatan antarabangsanya.

Menurutnya kemudahan pengecualian visa yang diberikan Malaysia kepada pemegang pasport India turut meningkatkan permintaan perjalanan dan menjadikan negara ini destinasi pilihan pelancong India khususnya sempena kempen Tahun Melawat Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa aspek kesalinghubungan masih menjadi kekangan utama dan penambahbaikan rangkaian penerbangan amat penting bagi memanfaatkan sepenuhnya peningkatan jumlah pelancong India ke Sabah.

“Saya memuji dan menghargai usaha proaktif Lembaga Pelancongan Sabah dalam meneroka pasaran India termasuk menjalin kerjasama dengan pemain industri pelancongan dan syarikat penerbangan seperti IndiGo.

Advertisement
“Dalam aspek penerbangan awam mungkin kita boleh mempercepatkan rundingan. Jika penerbangan terus dapat diwujudkan, ia pasti menjadi satu perubahan besar. “Kami bersedia untuk bekerjasama dan menyokong sebarang usaha ke arah itu,” katanya.

Advertisement
Hitesh turut melihat peluang kerjasama dalam industri perfileman dengan menyatakan bahawa insentif serta proses pemudahcaraan yang lebih lancar mampu menarik lebih banyak produksi filem India memilih Sabah sebagai lokasi penggambaran.

Sementara itu Joniston berkata Sabah terus menganggap India sebagai pasaran pertumbuhan yang penting berikutan jumlah penduduknya yang besar serta peningkatan pelancong ke luar negara.

“Kami sedang giat memperkukuh hubungan dengan India termasuk meneroka kemungkinan mewujudkan penerbangan terus. 

“Sabah akan terus bekerjasama rapat dengan rakan strategik bagi mengukuhkan kehadiran di pasaran India,” katanya.

Beliau berkata STB turut memudah cara penggambaran filem di Sabah melalui penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan serta menyediakan sokongan logistik dan pengangkutan apabila diperlukan.

Pada masa ini pelancong India ke Sabah perlu menggunakan penerbangan transit melalui Kuala Lumpur, Singapura atau Brunei.

Sabah merekodkan seramai 11,282 ketibaan pelancong India pada 2025, manakala bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, sebanyak 3,802 ketibaan direkodkan, menunjukkan trend peningkatan secara beransur-ansur.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here