Tue, 23 Jun 2026
Headlines:
Anil harap Kompleks Sukan Kunak direalisasi
Published on: Sunday, June 21, 2026
Published on: Sun, Jun 21, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Anil harap Kompleks Sukan Kunak direalisasi
ANIL (ketiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Dr Suharpi Lasuddang selepas merasmikan kejohanan tersebut.
KUNAK: Pembinaan Kompleks Sukan Kunak yang sudah lama dirancang diharap dapat direalisasikan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap Adun Kunak, Dato Sri Anil Sandhu berkata kemudahan tersebut diharap dapat direalisasikan dalam RMK13 sekaligus memenuhi keperluan pembangunan sukan di daerah tersebut.

Advertisement
Tapak rancangan untuk projek itu telah dikenalpasti berdekatan Jalan Kunak - Semporna.

Kedudukan Kunak di lokasi strategik di tengah-tengah antara tiga daerah jiran Lahad Datu, Tawau dan Semporna menjadikan daerah itu berpotensi menjadi pusat pembangunan sukan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, tiga daerah di pantai timur itu sudah memiliki kompleks sukan mereka sendiri.

“Ketika ini hanya Kunak sahaja di pantai timur belum mempunyai kompleks sukannya. Saya amat berharap kemudahan yang sudah lama dirancang dan dinantikan ini dapat dibina dalam RMK13,” katanya kepada Harian Ekspres selepas merasmikan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kunak (MSSDK) kali ke-42 yang diadakan di Kompleks Sukan Tawau pada Khamis.

Advertisement
Menurutnya, MSSDK yang diadakan di luar daerah Kunak menunjukkan komitmen tinggi daripada kalangan warga pendidik, ibubapa dan juga pelajar yang terlibat dalam kejohanan itu dimana mereka bersedia mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit untuk menjayakan program sukan melibatkan 15 sekolah rendah dan tiga sekolah menengah.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat yang telah bersama-sama untuk menjayakan kejohanan MSSDK yang mana ini menjadi medan mencungkil bakat-bakat muda berpotensi dalam bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat seterusnya,” katanya sambil memberi harapan tinggi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor agar rancangan pembinaan kompleks sukan Kunak dapat disegerakan.

Advertisement
“Di peringkat daerah, kita sudah adakan pertemuan dengan pihak SD Guthrie, Pejabat Daerah Kunak dan Jabatan Tanah, sementara proses dokumentasi di peringkat kementerian telah dibuat. Saya haraplah semua lanjutan proses untuk tujuan ini berjalan dengan lancar tanpa kelewatan,” ujarnya.

Tapak rancangan pembinaan Kompleks Sukan berhampiran Pekan Kunak itu masih dalam zon pertanian kelapa sawit dibawah seliaan syarikat SD Guthrie.

“Sebagai wakil rakyat Kunak yang baharu, saya akan terus memperjuangkan agar daerah ini memiliki Kompleks Sukan sendiri yang lengkap dan moden.

“Kita sudah menunggu lama sejak 2018. Jurulatih, atlet sukan termasuk bakat-bakat muda pernah menyuarakan yang Kunak memerlukan kemudahan kompleks sukan setanding daerah lain di pantai timur,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here