Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Tukang masak didakwa rogol isteri sepupu
Published on: Friday, June 12, 2026
Published on: Fri, Jun 12, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tukang masak didakwa rogol isteri sepupu
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang tukang masak berusia 22 tahun yang didakwa merogol isteri sepupunya tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir menolak permohonan jaminan lelaki tersebut ketika kes itu disebut untuk mendengar permohonan berkenaan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 26 Jun untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan tertuduh terus direman sementara menunggu pelupusan kesnya.

Lelaki itu dituduh merogol wanita berusia 21 tahun pada jam 4.30 pagi, 16 Mei tahun ini di sebuah rumah di Jalan Inobong Putaton Bansadon, Penampang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sebelum ini lelaki itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya dan tiada jaminan ditawarkan kepadanya.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir menjalankan pendakwaan.

Sementara itu di mahkamah berasingan seorang warga Filipina dan seorang warga China masing-masing didenda kerana tinggal lebih masa dan memasuki negeri ini secara haram.

Advertisement
Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Bagi warga China tersebut dia didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda kerana tinggal di negeri ini selepas pas lawatannya tamat tempoh.

Manakala warga Filipina itu pula didenda RM4,000 atau penjara empat bulan kerana tinggal secara haram tanpa sebarang dokumen perjalanan.

Mereka ditahan di bandar raya ini dalam satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen baru-baru ini.

Selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara kedua-duanya diperintahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan penghantaran pulang (deportasi).

Pegawai Pendakwa Gressia Yolanda Ismail Uvaraj daripada Jabatan Imigresen mengendalikan pendakwaan tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here