Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Sabah sasar 600 hektar penanaman avokado
Published on: Friday, June 12, 2026
Published on: Fri, Jun 12, 2026
Text Size:
Text:
Sabah sasar 600 hektar penanaman avokado
JAMAWI memantau buah avocado dan limau bali (pamelo) yang dipamerkan dalam seminar itu.
KENINGAU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) menyasarkan untuk meningkatkan keluasan penanaman avokado di negeri ini kepada 600 hektar menjelang 2035, sebagai sebahagian usaha memperkukuh pembangunan industri tanaman bernilai tinggi itu.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, ketika ini keluasan tanaman avokado di Sabah adalah sebanyak 318 hektar, manakala daerah Keningau merekodkan keluasan 132 hektar yang terdiri daripada pelbagai varieti campuran.

Advertisement
“Kita menyasarkan keluasan penanaman avokado sebanyak 600 hektar menjelang tahun 2035,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Seminar Jaringan Perkongsian Penanaman Avokado Taiwan-Malaysia di Dewan Persidangan Lembah Durian, di sini.

Bagi mencapai sasaran tersebut, Jamawi berkata kementeriannya akan meluluskan sebanyak 50,000 bahan tanaman untuk disubsidi kepada para penanam avokado di seluruh Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, usaha memperluaskan tanaman avokado perlu disokong dengan pemindahan teknologi, peningkatan kemahiran dan pengukuhan rangkaian kerjasama dengan negara yang mempunyai pengalaman luas dalam industri berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan penganjuran Program Seminar Jaringan Perkongsian Penanaman Avokado Taiwan-Malaysia sebagai platform penting untuk bertukar pandangan, idea dan pengetahuan berkaitan teknik penanaman serta pengurusan pascatuai buah avokado.

Advertisement
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sabah Softwoods Hybrid Fertilizer Sdn Bhd yang menaja program tersebut serta lebih 60 peserta yang hadir.

Antara yang hadir ialah delegasi daripada Persatuan Avokado China Taiwan, pegawai Jabatan Pertanian, wakil TF Net, para penyelidik serta ahli Persatuan Penanam Durian dan Buah-buahan Tropika Malaysia (Masda).

Advertisement
Jamawi berkata, antara varieti yang kini ditanam di Sabah ialah Avokado QAV1 yang lebih dikenali sebagai Avocado Quoin Sabah.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan setiap tahun bagi membolehkan pengusaha tempatan memanfaatkan pengalaman dan teknologi yang dibangunkan oleh penanam avokado di Taiwan.

“Perkongsian kepakaran tersebut mampu mempercepatkan perkembangan industri avokado Sabah sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tempatan,” katanya.

Mengikut statistik, Taiwan mempunyai keluasan tanaman avokado sebanyak 2,376 hektar dengan pengeluaran mencapai 22,599 tan metrik pada 2024.

Dalam acara berasingan, Jamawi turut menghadiri mesyuarat berkaitan cadangan pembinaan dan naik taraf Jalan Pangi-Tenom di Bilik Mesyuarat Stesen Janakuasa Tenom Pangi.

Beliau juga mengadakan ziarah ke rumah sebuah keluarga yang ditimpa musibah bagi menyampaikan penghormatan terakhir kepada ahli keluarga yang meninggal dunia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here