Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Skuad B-14 IUFC juara Piala Antarabangsa Maxim Area di Brunei
Published on: Sunday, June 07, 2026
Published on: Sun, Jun 07, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Skuad B-14 IUFC juara Piala Antarabangsa Maxim Area di Brunei
Pasukan IUFC B-13 dan B-14 bergambar bersama barisan pengurusan selepas menjuarai kejohanan berkenaan.
KENINGAU: Kelab Inter United FC (IUFC) terus mengharumkan nama Sabah dan Malaysia apabila muncul juara kategori Piala Bawah 14 Tahun (B-14) dalam kejohanan Piala Antarabangsa Maxim Area 2026 yang berlangsung di Brunei selama dua hari baru-baru ini. 

Pasukan yang dibarisi pemain-pemain muda dari daerah Keningau serta Pekan Pensiangan dan kawasan Pagalungan, Nabawan itu berjaya menewaskan Kutai United dari Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa perlawanan.

Advertisement
Selain menjuarai kategori B-14, IUFC turut mencatat prestasi membanggakan apabila pasukan B-13 menjuarai Plate Cup manakala pasukan B-11 muncul naib juara Plate Cup.

Pasukan B-14 dibimbing ketua jurulatih Claudius Jaunti bersama penolongnya Jalumin Satangah. Pasukan B-13 pula dikendalikan Md. Nazrulshah Nazir Ahmad dan Mars Dulsa, manakala pasukan B-11 dibimbing Edgar L. Domingo dan Wilfred Anak Patrick.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dua pemain IUFC turut menerima pengiktirafan individu apabila Alves Fernandez Asroneday dan Farnanddo Dinzly Farddion masing-masing meraih anugerah sarung tangan emas, manakala Mohamad Family Hakimi dinobatkan sebagai penerima kasut emas.

Presiden Inter United FC, Moddy Patrick berkata kejayaan tersebut merupakan hasil kerja keras para pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan yang diterajui Edgar L. Domingo, selain sokongan padu ibu bapa sepanjang kejohanan berlangsung.

Advertisement
Menurutnya, kejayaan itu membuktikan pemain-pemain dari pedalaman Sabah, khususnya Keningau, Pensiangan dan Pagalungan, mempunyai potensi besar untuk bersaing di pentas antarabangsa sekiranya diberikan peluang dan pendedahan yang sewajarnya.

Seorang wakil ibu bapa, Hadryan Joanis menyifatkan kejayaan IUFC menjuarai kategori B-14 sebagai satu pencapaian yang cukup membanggakan buat kelab, ibu bapa serta seluruh masyarakat di kawasan pedalaman Sabah.

Advertisement
Menurutnya, kejayaan tersebut membuktikan pemain muda dari Keningau, Pensiangan dan Pagalungan mempunyai bakat serta potensi besar untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Katanya, pengorbanan jurulatih, pengurusan pasukan dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada para pemain akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

Justeru, Hadryan berharap lebih banyak pihak tampil menghulurkan bantuan dan tajaan bagi memastikan pembangunan bola sepak akar umbi di kawasan pedalaman dapat terus diperkasakan pada masa hadapan.

Kejayaan IUFC dalam kejohanan tersebut sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Sabah, khususnya masyarakat di kawasan pedalaman yang sentiasa mendambakan lebih banyak penyertaan dan pencapaian cemerlang dalam arena sukan.

Pencapaian itu diharap menjadi pembakar semangat kepada generasi muda untuk terus aktif dalam sukan serta mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here