Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Inovasi Jawi guru Sabah raih dua pingat emas
Published on: Tuesday, June 09, 2026
Published on: Tue, Jun 09, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Inovasi Jawi guru Sabah raih dua pingat emas
LORENICA (kanan) meraih dua anugerah emas menerusi inovasi pembelajaran Jawi PASCA-ج di Jakarta, Indonesia.
PAITAN: Satu inovasi pendidikan dibangunkan seorang guru dari daerah ini mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila meraih dua anugerah emas dalam pertandingan inovasi global berprestij di Jakarta, Indonesia.

PAntaS baCA Jawi (PASCA-ج) iaitu alat pembelajaran inovatif yang dihasilkan oleh guru dari Beluran, Lorenica Frenila Masundim memenangi anugerah emas dalam International Invention & Innovation Competition (I³C 2026) dan Innovation World Cup (IWC 2026) yang berlangsung di Universitas Negeri Jakarta dari 3 hingga 6 Jun lalu.

Advertisement
Kejayaan berganda itu meletakkan PASCA-ج sebagai antara inovasi paling menyerlah pada pertandingan yang menghimpunkan penyelidik, pendidik dan pencipta dari pelbagai negara untuk mempamerkan idea serta penyelesaian baharu.

Dibangunkan bagi membantu golongan pemula menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan lebih cepat, PASCA-ج menggunakan kaedah transliterasi yang sistematik dan mesra pengguna yang menghubungkan pembelajaran tulisan tradisional dengan teknologi moden.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Inovasi itu turut menggabungkan elemen warisan budaya dengan pembelajaran digital menerusi aplikasi interaktif yang boleh diakses menggunakan telefon pintar dan komputer.

Menurut Lorenica idea menghasilkan PASCA-ج tercetus daripada pengalaman beliau sendiri serta cabaran yang dihadapi murid yang sukar membaca tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Advertisement
Melalui penambahbaikan berterusan daripada versi 1.0 hingga versi 5.0, aplikasi tersebut kini dilengkapi dengan fungsi transliterasi Rumi ke Jawi dan Jawi ke Rumi, latihan interaktif, kuiz, penjanaan sijil secara automatik serta panduan pembelajaran yang mudah diikuti.

“Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf PASCA-ج sebagai satu inovasi malah membuktikan bahawa warisan tulisan Jawi masih relevan dan boleh dipelihara melalui penggunaan teknologi moden,” katanya.

Advertisement
Kejayaan itu turut membuktikan bahawa usaha memartabat dan memelihara tulisan Jawi mampu diterima masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama apabila disampaikan menerusi pendekatan yang inklusif serta inovatif.

Sebagai langkah seterusnya PASCA-ج akan menjalani proses pengesahan oleh pakar sebelum diperluaskan kepada orang ramai melalui platform digital seperti Google Play Store dan Apple App Store.

Kejayaan di peringkat antarabangsa itu dijangka menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih meluas dalam memelihara tulisan Jawi di samping membuktikan keupayaan Malaysia menggabungkan warisan budaya dengan inovasi teknologi pendidikan di persada dunia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here