Sun, 7 Jun 2026
Headlines:
Hampir 9,000 kenderaan didaftar bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi
Published on: Friday, June 05, 2026
Published on: Fri, Jun 05, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Hampir 9,000 kenderaan didaftar bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi
Armizan berkata pencapaian itu membuktikan sambutan positif daripada pemain industri terhadap langkah kerajaan memperluaskan kelayakan skim subsidi bahan api bersasar kepada kenderaan jenis jip dan pikap yang digunakan dalam sektor pengangkutan darat barangan.
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan sebanyak 8,862 kenderaan didaftarkan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dalam tempoh tiga hari pertama pelaksanaan penambahbaikan skim berkenaan yang telah berkuatkuasa pada 1 Jun, baru-baru ini.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata pencapaian itu membuktikan sambutan positif daripada pemain industri terhadap langkah kerajaan memperluaskan kelayakan skim subsidi bahan api bersasar kepada kenderaan jenis jip dan pikap yang digunakan dalam sektor pengangkutan darat barangan.

Advertisement
Menurutnya, penambahbaikan itu dilaksanakan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bertujuan memastikan subsidi bahan api disalurkan secara lebih cekap, bersasar dan berintegriti.

“Daripada jumlah keseluruhan pendaftaran yang diterima setakat 3 Jun 2026, sebanyak 8,524 melibatkan pikap diesel, 329 jip diesel dan sembilan jip petrol.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Peluasan kelayakan SKDS dan SKPS ini memberi manfaat kepada lebih ramai pengusaha perniagaan yang menggunakan kenderaan komersial ringan dalam operasi harian mereka, khususnya dalam sektor logistik dan pengangkutan barangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.

Armizan berkata selain syarat pemilikan kenderaan yang perlu didaftarkan atas nama syarikat atau entiti perniagaan, kelayakan turut mengambil kira kategori kegunaan yang direkodkan dalam Lesen Kenderaan Motor (LKM) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta status pendaftaran sebagai kenderaan perdagangan.

Advertisement
Katanya, kenderaan yang layak merangkumi kategori pikap dan jip di bawah kelas kegunaan Barang Rigid dan Barang Rigid Decon dengan berat antara 950 kilogram hingga 7,500 kilogram.

“Bagaimanapun, kenderaan yang didaftarkan di bawah kategori Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kategori Khas Lain dan Barangan-Tiada Permit atau Off-Road tidak termasuk dalam senarai penerima manfaat skim ini,” katanya.

Advertisement
Dalam perkembangan sama, Armizan berkata KPDN turut melaksanakan pelarasan had kuota tetap bagi fleet card SKDS dalam sektor pengangkutan darat barangan sebagai langkah memperkukuh mekanisme kawal selia dan mengekang ketirisan subsidi.

Menurutnya, setiap fleet card kini ditetapkan kuota antara 900 liter hingga 5,000 liter sebulan bergantung kepada jenis kenderaan yang disenaraikan layak di bawah SKDS.

“Penetapan kuota ini dibuat berdasarkan analisis data penggunaan sebenar yang direkodkan sepanjang hampir dua tahun pelaksanaan SKDS sejak diperkenalkan pada tahun 2024 laku.

 “Langkah ini penting bagi memastikan subsidi yang diberikan benar-benar dimanfaatkan oleh pihak yang layak, di samping mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan atau ketirisan yang boleh menjejaskan keberkesanan dasar subsidi kerajaan,” tegasnya.

Pada masa sama katanya, bagi syarikat atau entiti perniagaan yang mempunyai keperluan operasi melebihi kuota yang ditetapkan, KPDN menyediakan mekanisme rayuan tambahan kuota melalui Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Petroleum (JKSP).

Beliau berkata setiap permohonan perlu disertakan dengan justifikasi keperluan operasi dan rekod penggunaan sebenar sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga bulan untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Setakat 3 Jun lalu katanya, sebanyak lapan syarikat telah mengemukakan rayuan tambahan kuota melibatkan 82 kenderaan dan semua permohonan berkenaan sedang dalam proses penilaian oleh JKSP.

 Armizan menegaskan KPDN akan terus meneliti serta menambah baik pelaksanaan SKDS dan SKPS dari semasa ke semasa bagi memastikan objektif penyasaran subsidi dapat dicapai secara menyeluruh.

 “Kerajaan komited memastikan subsidi bahan api sampai kepada golongan dan sektor yang benar-benar memerlukan selain memperkukuh usaha membanteras aktiviti penyelewengan, penyalahgunaan dan penyeludupan bahan api bersubsidi,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here