Mon, 8 Jun 2026
Headlines:
Pemandu lori pandu cuai didenda RM2,000
Published on: Saturday, June 06, 2026
Published on: Sat, Jun 06, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pemandu lori pandu cuai didenda RM2,000
Kesalahan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pemandu lori pengadun simen didenda RM2,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Trafik di sini kerana memandu secara cuai sehingga membahayakan nyawa orang lain.

Abdul Hasim Akop, 45, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana memandu lori pengadun simen secara cuai di Jalan Sepanggar berhampiran jejambat Indah Permai kira-kira jam 11.40 pagi pada 14 Julai 2025.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 29 tahun dipenjara sehari dan didenda RM10,000 atau penjara enam bulan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jonah Muh mengaku bersalah di hadapan mahkamah yang sama atas pertuduhan memandu sebuah Honda City dengan kandungan alkohol sebanyak 99 miligram bagi setiap 100 mililiter darah, melebihi had yang dibenarkan.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Bundusan, berhampiran sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 4 April tahun ini.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 45A(3) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan Jonah hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun bermula dari tarikh sabitan.

Advertisement
Pegawai Pendakwa trafik Irian Shah melakukan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here