Sat, 6 Jun 2026
Headlines:
Buaya 10-kaki ditangkap dari sungai di Beaufort
Published on: Thursday, June 04, 2026
Published on: Thu, Jun 04, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Buaya 10-kaki ditangkap dari sungai di Beaufort
BUAYA yang ditangkap dari Sg Kota Klias.
BEAUFORT: Seekor buaya sepanjang 10 kaki ditangkap dari Sungai Kota Klias, di sini baru-baru ini.

Penduduk merakamkan penghargaan kepada Jabatan Hidupan Liar atas tindakan mereka itu. Bagaimanapun, mereka percaya lebih banyak reptilia tersebut masih berada di sungai itu.

Advertisement
“Semua pihak perlu berhati-hati sama ada ketika keluar ke laut atau membawa pelancong menyusuri sungai bagi mengelakkan ancaman buaya yang sentiasa memburu mangsa,” kata pengusaha bot, Rafi Juhar.

Beliau berkata sungai berkenaan merupakan destinasi popular pelancong untuk melihat monyet probosis dan kelip-kelip, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengunjung yang tidak menyedari kehadiran buaya di kawasan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Rafi berkata nelayan dan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai turut berdepan risiko, selain menggesa ibu bapa memastikan anak-anak tidak menghampiri sungai.

Beliau mendakwa peningkatan populasi buaya berpunca daripada kejadian pada masa lalu apabila beberapa warga asing dipercayai melepaskan anak buaya ke sungai berkenaan.

Advertisement
Sementara itu, di Kampung Dopo Petagas, Ketua Kampung Lamudin Jaafar mengesahkan satu lagi penampakan buaya selepas penduduk mengemukakan bukti bergambar.

Reptilia itu dilihat kira-kira 5 petang Ahad lalu sedang berenang aktif di Sungai Petagas berhampiran tapak pembuangan sampah bersebelahan Dewan Kampung Baru Dopo.

Advertisement
“Reptilia itu dilihat berenang di sepanjang tebing sungai seolah-olah sedang mencari mangsa,” katanya.

Beliau telah mengeluarkan nasihat keselamatan kepada orang ramai dengan melarang semua aktiviti di sepanjang tebing sungai sehingga diberitahu kelak, termasuk memancing, menjala, membasuh dan berperahu.

Lamudin turut menggesa ibu bapa memastikan anak-anak tidak bermain berhampiran dewan komuniti, tapak pembuangan sampah atau tebing sungai tanpa pengawasan orang dewasa.

Penduduk yang membuang sampah di kawasan berdekatan juga dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap persekitaran, menjauhi tebing sungai serta tidak membuang sisa makanan yang boleh menarik perhatian buaya untuk naik ke darat.

“Jika terserempak dengan buaya, jangan cuba mendekati, menangkap atau membaling objek ke arahnya. Berundur dengan tenang dan segera ke tempat yang selamat,” katanya.

Lamudin turut meminta penduduk menyebarkan amaran itu kepada ahli keluarga dan jiran tetangga sambil menegaskan keselamatan serta kesejahteraan komuniti kampung adalah keutamaan bersama.

Jawatankuasa Pengurusan Kampung memaklumkan perkara itu akan dirujuk secara rasmi kepada Jabatan Hidupan Liar dalam kadar segera bagi tujuan pemantauan dan operasi menangkap reptilia berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here