Wed, 27 May 2026
Headlines:
Sabah kekal status karbon negatif
Published on: Sunday, May 24, 2026
Published on: Sun, May 24, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Sabah kekal status karbon negatif
HAJIJI meninjau beberapa pameran sempena sambutan itu.
HAJIJI berkata Sabah masih mengekalkan status sebagai “net carbon sink” atau negeri karbon negatif berdasarkan data inventori gas rumah hijau serta laporan terkini.

“Status ini disokong oleh keluasan kawasan berhutan yang signifikan di negeri ini, yang menyumbang secara besar kepada kapasiti penyerapan karbon negara,” katanya pada perasmian Hari Hutan Antarabangsa Kebangsaan di Dataran Sook, di sini, pada Sabtu.

Advertisement
Menurut beliau peranan hutan dalam mengurangkan impak pemanasan global akibat perubahan iklim menjadi sangat kritikal kerana hutan berfungsi sebagai “carbon sink”, iaitu kawasan yang menyerap lebih banyak karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera, seterusnya membantu menstabilkan sistem iklim global.

“Secara tidak langsung, hutan yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada aktiviti karbon, khususnya hutan paya dan bakau, boleh dikembangkan dalam sektor ekonomi alam semula jadi selaras dengan pembangunan sektor Ekonomi Biru dan Ekonomi Hijau di peringkat negeri,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, pendekatan pengurusan hutan secara inklusif yang melibatkan komuniti mampu mencapai keseimbangan antara pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan sosioekonomi rakyat.

“Ini terbukti melalui inisiatif Jabatan Perhutanan Sabah melaksanakan projek-projek bersama komuniti setempat di bawah Tabung Projek Pemulihan Hutan,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, program berasaskan komuniti ini termasuk program penanaman semula hutan terosot melalui pendekatan pemulihan landskap hutan, pemulihan kawasan tadahan air, serta pembangunan sumber pendapatan alternatif berasaskan hasil hutan bukan kayu seperti madu kelulut dan rotan.

Usaha Kerajaan Negeri turut dibantu melalui penyaluran peruntukan berterusan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan juga Dana Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT).

Advertisement
“Saya dimaklumkan, di bawah Rolling Plan-One (RP-1), Jabatan Perhutanan Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM70.8 juta bagi tujuan pelaksanaan projek-projek perhutanan di Sabah, dalam tempoh RMK13.

“Melalui EFT pula, Sabah adalah antara wilayah penerima dana terbesar, iaitu sebanyak RM126.36 juta sejak 2019. Dana ini telah digunakan untuk melaksanakan projek konservasi biodiversiti. Ini juga menunjukkan pengiktirafan daripada Kerajaan Persekutuan ke atas usaha konservasi yang dijalankan di wilayah ini,” katanya.

Hajiji berkata tema Hari Hutan Antarabangsa, “Hutan dan Ekonomi”, amat bertepatan bagi menonjolkan peranan hutan bukan sahaja sebagai khazanah alam, tetapi juga sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Sementara itu, Hajiji mengalu-alukan pemilihan daerah Sook sebagai hos kepada majlis ini di luar kawasan ibu negara, yang membuka ruang dan peluang kepada rakyat di pedalaman untuk sama-sama meraikan Hari Hutan Antarabangsa peringkat kebangsaan.

“Ini tentunya atas inisiatif dan sokongan padu daripada Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia.

“Kebetulan juga Sook ini baru juga dinaiktaraf dan diwartakan sebagai daerah penuh pada April tahun lalu; dan hari ini mendapat penghormatan sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada daerah dan penduduk Sook,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here