Fri, 22 May 2026
Headlines:
Gajah Borneo ditemukan mati
Published on: Wednesday, May 20, 2026
Published on: Wed, May 20, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Gajah Borneo ditemukan mati
GAJAH itu ditemui mati tanpa gading dan sebahagian kepalanya.
TONGOD: Seekor gajah jantan pygmy Borneo (Elephas maximus borneensis) ditemukan mati dalam keadaan tragik di kawasan Hutan Simpan Sungai Pinangah, di sini, dengan sebahagian kepalanya dilaporkan dilarikan, dipercayai bagi mendapatkan gading haiwan dilindungi itu.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku pada 17 Mei lalu selepas beberapa pekerja ladang berhampiran terdengar bunyi letupan kuat dari arah hutan, namun keadaan cuaca buruk menghalang pemeriksaan segera dilakukan.

Advertisement
Keesokan harinya, pasukan ladang yang masuk ke kawasan berkenaan menemui bangkai gajah terbabit dalam keadaan mengerikan sebelum laporan segera dibuat kepada pihak berkuasa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) kemudian menjalankan pemeriksaan awal dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), renjer komuniti dan pihak ladang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala dipercayai akibat penggunaan alat tajam.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada kesan tembakan ditemukan dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta pihak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, Selasa. 

Advertisement
Menurutnya, beberapa barangan turut ditemui di lokasi termasuk kotak rokok dan botol air yang kini dijadikan bahan bukti siasatan.

Katanya, susulan kejadian itu, operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan bersama polis selain rondaan di kawasan hutan dipertingkatkan bagi memburu individu terbabit.

Advertisement
Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian berkenaan kerana gajah Borneo adalah spesies ikonik dan semakin terancam di Sabah.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti pemburuan haram atau jenayah hidupan liar.

“Kami juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here