Thu, 25 Jun 2026
Headlines:
Penggunaan MyKad, SKDS kurangkan ruang ketirisan 
Published on: Tuesday, June 23, 2026
Published on: Tue, Jun 23, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Penggunaan MyKad, SKDS kurangkan ruang ketirisan 
Memetik statistik Ops Tiris 4.0, Armizan berkata ketirisan bahan api bersubsidi masih menjadi cabaran kerajaan terutama di Sabah, Sarawak dan Labuan.
PUTRAJAYA: Pelaksanaan subsidi bersasar menerusi penggunaan MyKad dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) berjaya mengurangkan ketirisan bahan api bersubsidi walaupun masih terdapat beberapa aspek yang masih perlu diperkukuhkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata mekanisme itu berfungsi sebagai langkah pengurusan risiko bagi memastikan subsidi disalurkan kepada kumpulan sasar dan layak selain mengurangkan penyalahgunaan bahan api bersubsidi.

Advertisement
“Walaupun mungkin belum dapat menutup ketirisan secara menyeluruh dan masih ada ruang (ketirisan) yang wujud, pelaksanaan melalui penggunaan MyKad dan SKDS merupakan satu bentuk mekanisme pengurusan risiko yang membolehkan kita mengecilkan ruang ketirisan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena dengan pengumuman pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Memetik statistik Ops Tiris 4.0, Armizan berkata ketirisan bahan api bersubsidi masih menjadi cabaran kerajaan terutama di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Katanya, sepanjang operasi bersepadu yang dilaksanakan dari 16 Mac lepas sehingga semalam, sebanyak 71,601 pemeriksaan dan operasi penguatkuasaan telah dijalankan menerusi kerjasama rentas agensi penguatkuasaan.

Advertisement
“Daripada jumlah itu, sebanyak 869 kes dikesan di seluruh negara, dengan 554 kes melibatkan bahan api. Daripada 554 kes itu, sebanyak 291 kes (bahan api) melibatkan kes di Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Armizan berkata walaupun ketirisan masih berlaku di Semenanjung menerusi pelbagai modus operandi oleh pihak tidak bertanggungjawab, pelaksanaan sistem penyasaran subsidi telah banyak membantu kerajaan mengurus risiko serta menutup sebahagian besar ruang ketirisan yang wujud.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here