Thu, 25 Jun 2026
Headlines:
Wanita terkejut bapa meninggal dunia lebih 40 tahun ‘masih wujud’
Published on: Tuesday, June 23, 2026
Published on: Tue, Jun 23, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Wanita terkejut bapa meninggal dunia lebih 40 tahun ‘masih wujud’
LUCIAN (kiri) berada di kubur mendiang bapanya.
KOTA KINABALU: Seorang pengguna laman sosial meluahkan rasa terkejut selepas mendakwa nama bapanya yang telah meninggal dunia lebih 40 tahun lalu “masih wujud” dalam rekod rasmi, malah dikaitkan dengan seorang individu lain.

Menerusi hantaran yang tular di Facebook sejak Ahad, pengguna dikenali sebagai Lucian Mudim memaklumkan bapanya, Mudim Majunah, telah meninggal dunia pada 7 Februari 1984.

Advertisement
Bagaimanapun, wanita itu berkata perkara mengejutkan berlaku apabila maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah sekitar Julai 2025 mendapati nama bapanya masih terdapat dalam rekod rasmi.

Lebih membingungkan, nama tersebut dipercayai digunakan oleh seorang wanita yang beralamat di Sandakan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Menurut Lucian, perkara itu disedari ketika dia sedang berusaha mendapatkan dokumen berkaitan kematian bapanya bagi urusan tertentu.

Beliau mendakwa hasil semakan mendapati terdapat ketidakselarasan pada rekod berkenaan apabila nama bapanya yang telah meninggal dunia sejak tahun 1984 masih muncul dalam sistem.

Advertisement
“Pelik tapi benar, bapa saya Mudim Majunah sudah meninggal pada 7 Februari 1984, tetapi untuk pengetahuan semua, nama bapa saya masih hidup sebagai seorang wanita dan beralamat di Sandakan,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Sehubungan itu, Lucian meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi maklumat sekiranya ada yang mengenali individu tersebut atau mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.

Advertisement
Katanya, perkongsian itu dibuat dengan harapan dapat membantu menjelaskan kekeliruan yang berlaku, serta mencari jalan penyelesaian terhadap isu rekod nama bapanya.

“Mohon share (kongsi) kepada sesiapa agar ‘bapa’ saya dapat dicari,” katanya sambil berharap perkara itu mendapat perhatian pihak berkaitan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan dakwaan tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here