Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Keputusan keluar GRS bukan majoriti Usno
Published on: Thursday, April 30, 2026
Published on: Thu, Apr 30, 2026
By: Nikko Fabian
Text Size:
Text:
Keputusan keluar GRS bukan majoriti Usno
Ibrahim (kanan) berkata Pandikar (kiri) gagal mengambil kira pandangan ribuan ahli Usno dengan majoriti didakwa mahu kekal dalam GRS.
Kota Kinabalu: Keputusan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) Tan Sri Pandikar Amin Mulia keluar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disifatkan tidak mewakili suara majoriti parti.

Timbalan Presiden Usno Datuk Ibrahim Linggam berkata keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa, tidak demokratik dan tanpa mandat jelas daripada keseluruhan kepimpinan parti.

Advertisement
Beliau mendakwa tindakan tersebut turut mencetuskan perpecahan dalam kalangan pimpinan, ahli dan penyokong parti di seluruh negeri.

“Tindakan ini hanya disokong sebahagian kecil kepimpinan tertinggi. Terdapat tekanan dan ugutan untuk mendapatkan sokongan manakala sebahagian lain dipaksa akur atau berdepan tindakan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ibrahim berkata Pandikar gagal mengambil kira pandangan ribuan ahli Usno dengan majoriti didakwa mahu kekal dalam GRS.

“Keputusan ini bukan dibuat secara kolektif. Ia dilakukan terlalu cepat tanpa menilai kesannya terhadap ahli, kedudukan politik parti dan pembangunan negeri,” ujarnya.

Advertisement
Beliau turut menolak dakwaan bahawa keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi parti.

Menurutnya daripada 37 ahli majlis hanya 18 hadir dalam mesyuarat pada 22 April lalu.

Advertisement
“Bagaimana keputusan yang dibuat oleh kurang daripada separuh ahli boleh dianggap sebulat suara atau mengikat? Ini tidak tepat dan mengelirukan,” tambahnya.

Ibrahim berkata ramai ahli yang tidak hadir telah menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan langkah keluar daripada GRS.

Katanya sokongan terhadap GRS masih kukuh dalam kalangan pimpinan di peringkat pusat, bahagian dan cawangan termasuk sokongan kepada Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta agenda pembangunan Kerajaan Negeri.

“Kami menghormati keputusan beliau untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden GRS namun sebagai parti kami kekal komited kepada gabungan ini dan tidak bersetuju dengan tindakan menarik diri. Dua perkara ini mesti dilihat sebagai isu berasingan,” katanya.

Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan yang mengubah hala tuju politik parti perlu dibincangkan secara menyeluruh dan mendapat sokongan majoriti.

Beliau berkata hubungan antara Usno dan parti komponen lain dalam GRS kekal baik di semua peringkat dan tiada isu besar yang memerlukan parti keluar daripada gabungan itu. 

Ibrahim berharap kerjasama antara Usno dan GRS dapat diteruskan demi kepentingan serta pembangunan Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here