KOTA KINABALU: Profesor Dr Jenarun Jelip dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) memaklumkan Malaria Monyet menyumbang hampir keseluruhan daripada 1,180 kes malaria di Sabah pada tahun lalu.
Beliau berkata jumlah berkenaan sekali gus menekankan keperluan mendesak langkah pencegahan yang lebih proaktif dalam kalangan komuniti yang tinggal berhampiran kawasan hutan.
“Data Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Kesihatan menunjukkan daripada 2,596 kes malaria yang dilaporkan di seluruh negara pada tahun 2025.
“Menerusi jumlah itu sebanyak 2,063 adalah Malaria Monyet manakala 533 lagi merupakan malaria manusia yang kebanyakannya kes import.
Advertisement






