KOTA KINABALU: Festival Catur Kaamatan Sabah Electricity 2026 yang bermula pada Sabtu telah menarik seramai 550 peserta.
Acara tiga hari sempena sambutan Hari Pekerja itu adalah anjuran bersama Persatuan Catur Negeri Sabah (PCNS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) dalam satu kenyataan merakamkan penghargaan kepada pekerja yang menjadi tulang belakang kepada operasi syarikat yang berterusan, selaras dengan aspirasinya untuk membina tenaga kerja yang produktif, berdaya tahan dan seimbang.
Pihak pengurusan berkata pertandingan itu berfungsi sebagai platform santai yang menggalakkan keseimbangan antara kerjaya dan kesejahteraan mental, sekali gus mengeratkan hubungan antara pekerja dan masyarakat secara inklusif.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Joseph Ivor Bachee, mewakili Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Turut hadir Presiden PCNS Muammar Julkarnain dan Pengarah KWSP Sabah dan W.P Labuan Haji Mohd Fadli Sarehan.