Mon, 4 May 2026
Headlines:
Advertisement
Lelaki putus kaki dibaham buaya
Published on: Friday, May 01, 2026
Published on: Fri, May 01, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Lelaki putus kaki dibaham buaya
MANGSA tinggal pangkal paha sebelah kanan selepas serangan itu.
MENUMBOK: Seorang lelaki berusia 50 tahun mengalami putus kaki kanan hingga ke paras paha selepas dibaham buaya di Pantai Kampung Lambidan, pada Selasa malam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Gaffar Ahmad @ Rahman berkata kejadian berlaku pada pukul 10 malam ketika mangsa bersama tiga rakannya sedang menyelam untuk menangkap ikan dan ketam.

Advertisement
Katanya, mujur rakan mangsa berjaya menyelamatkannya daripada buaya itu dengan memukul kepala reptilia tersebut.

 “Tindakan pantas rakan mangsa menyebabkan reptilia itu melepaskan gigitannya, tetapi kaki mangsa sudah putus akibat serangan tersebut,” katanya, menambah buaya itu dianggarkan sepanjang 14 kaki..

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gaffar berkata beliau telah menghubungi Jabatan Hidupan Liar bagi mengambil tindakan menangkap buaya terbabit demi keselamatan penduduk, khususnya nelayan dan pengunjung pantai itu.

“Kami bimbang kehadiran buaya ini benar-benar mengancam keselamatan penduduk, terutama nelayan dan mereka yang mandi-manda di kawasan pantai,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, pegawai Jabatan Hidupan Liar turun ke lokasi sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu dan memasang pancing di kawasan yang dikenal pasti sebagai habitat buaya berkenaan.

Gaffar turut membantu usaha berkenaan dengan menyediakan mata pancing bersaiz besar bagi menangkap haiwan tersebut.

Advertisement
Beliau menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan pantai kerana buaya kini bukan sahaja berada di sungai, malah turut dikesan di laut.

Baru-baru ini, di Kampung Mempagar, tiga penduduk telah memancing seekor buaya di Sungai Padas. Buaya itu mati sebelum terdampar di tebing sungai.

Mereka kemudian mendaratkan buaya itu ke tebing sungai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here