Mon, 4 May 2026
Headlines:
Advertisement
Lelaki melecur dalam kebakaran deretan kedai
Published on: Sunday, May 03, 2026
Published on: Sun, May 03, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Lelaki melecur dalam kebakaran deretan kedai
DERETAN kedai di Timbua musnah dalam kebakaran pada Jumaat.
RANAU: Seorang lelaki melecur dalam kebakaran yang memusnahkan deretan kedai dua tingkat di sini pada Hari Pekerja (1 Mei).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Rantey Fred berkata, dua kereta turut terbakar manakala beberapa motosikal di dalam sebuah bengkel terjejas dalam kebakaran kira-kira 5 petang itu yang memusnahkan 11 premis kedai, termasuk kedai runcit dan kedai kopi, di Kampung Timbua sekitar 6 petang.

Advertisement
Beliau berkata, pemilik kedai yang cedera menerima rawatan di Klinik Kesihatan Timbua, sambil menambah pemilik premis turut melaporkan kehilangan dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan dokumen lain selain kerosakan harta benda.

Rantey berkata, selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 36 kilometer dari balai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Menjelang 6.40 petang, kebakaran telah merebak dan memusnahkan keseluruhan deretan kedai,” katanya, sambil menambah operasi pemadaman menggunakan air dari tangki jentera bomba dan pili bomba.

“Kebakaran dikawal pada 7.06 malam. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Advertisement
Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, mengisytiharkan bencana kebakaran di Kampung Timbua pada 10 malam, 1 Mei bagi membolehkan bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here